Kelemahan Jalinan Idea (Koheren) dan
Kesalahan Bahasa
Perenggan Pendahuluan
Contoh soalan:
Kes jenayah yang semakin banyak berlaku
di negara kita pada masa ini amat membimbangkan anggota masyarakat. Huraikan
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membendung kes
jenayah daripada terus meningkat.
Contoh perenggan pendahuluan yang lemah jalinan
idea (koheren) dan salah tatabahasanya
//Pada
era globalisasi ini, pelbagai kes jenayah yang semakin meningkat di negara
kita.
//Hal ini dikatakan demikian kerana penjenayah tidak diberikan pendidikan
moral yang sempurna oleh ibu bapa dirumah mahupun guru di sekolah. //Contohnya,
meragut beg penjalan kaki, merompak dan sebagainya. //Oleh itu, penjenayah
mahukan wang dengan cara pintas iaitu meragut beg penjalan kaki yang leka
dengan dengan telefon pintarnya. //Jenayah harus dibanteras dengan tulus
untuk membentuk negara yang aman. (70 perkataan)
|
Ayat
pertama salah dari segi sintaksis kerana penggunaan kata hubung pancangan
relatif “yang” pada tempat yang salah iaitu pada ayat tunggal. Ayat itu sebenarnya
tidak memerlukan kata hubung pancangan relatif “yang”. Ayat kedua pula tidak
koheren dengan ayat pertama kerana mengaitkan sebab jenayah berlaku iaitu kerana
penjenayah tidak diberikan pendidikan moral yang sempurna oleh ibu bapa atau
guru. Sepatutnya ayat kedua menerangkan sebab jenayah berlaku secara umum
dengan menyatakan bahawa “Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya
jenayah pada masa ini.” Ayat kedua juga terdapat kesalahan morfologi iaitu kata
sendi dirapatkan dengan kata nama (dirumah).
Ayat
ketiga pula salah dari segi sintaksis kerana ayat tersebut tiada subjeknya.
Sepatutnya penjenayah meragut beg pejalan kaki, melakukan rompakan, dan
sebagainya. Penanda wacana ayat keempat
iaitu “Oleh itu” juga tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sepatutnya
“Perkara itu disebabkan oleh penjenayah yang memerlukan wang dengan cepat iaitu
dengan meragut beg pejalan kaki.” Ayat kelima pula tidak sesuai dan kabur
maksudnya serta tidak mengaitkan perenggan itu dengan fokus soalan. Sepatutnya ayat
kelima mengaitkan fokus soalan iaitu “usaha-usaha yang perlu dilakukan”.
Contoh perenggan pendahuluan yang baik jalinan
idea (koheren) dan bahasanya
Kes jenayah dikatakan semakin meningkat dan semakin rumit atau sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa di negara kita. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor berlakunya jenayah pada masa ini. Kes jenayah yang sering dilaporkan berlaku adalah seperti kes pembunuhan, rompakan, penculikan, pecah rumah, pemerdagangan manusia, dan sebagainya. Kes tersebut amat membimbangkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin akan kehidupan yang aman dan tenteram. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membendung kes jenayah daripada terus meningkat di negara kita. (81 perkataan)

3 comments:
Assalamualaikum cgu..boleh tk cgu bg contoh karangan pendahuluan yang cemerlang tetang kesan kewujudan pusat tuisyen kepada pelajar
Assalamualaikum cgu..boleh tk cgu bg contoh karangan pendahuluan yang cemerlang tetang kesan kewujudan pusat tuisyen kepada pelajar
main poker dengan banyak penghasilan
ayo segera hubungi kami
WA : +855969190856
Post a Comment