Perenggan Penutup
Contoh perenggan penutup yang lemah jalinan
idea (koheren) dan salah bahasanya
//Kesimpulannya,
sebagai masyarakat yang mempunyai sifat perikemanusiaan, kita hendaklah
menghindari daripada kelakuan tidak bermoral yang menjuruskan ke arah jenayah.
//Cadangannya memilih rakan yang boleh membawa ke arah perkara yang
positif. //Jika tidak, rakan yang membawa kepada arah negatif ini akan
menghasut supaya melakukan perkara yang tidak bermoral. //Kesannya,
kita akan terjebak dengan kes jenayah dan akan menyebabkan datangnya masalah
dalam kehidupan. //Sebagai harapan, negara Malaysia akan lebih kurang
kadar jenayah yang berlaku. (72 perkataan)
|
Ayat
pertama salah dari segi sintaksis iaitu kesalahan frasa kerja transitif yang
tiada objek (menghindari daripada). Ayat pertama juga sepatutnya mengaitkan
ayat fokus yang telah disentuh dalam ayat akhir perenggan pendahuluan. Ayat
kedua salah dari segi sintaksis iaitu ayat tiada subjek dan frasa kerja
transitif tiada objek (membawa ke arah). Ayat ketiga juga salah dari segi
sintaksis iaitu frasa kerja transitif
tiada objek (membawa kepada). Ayat keempat salah dari segi semantik kerana
maksudnya kabur dan tidak jelas. Ayat kelima juga salah aspek semantik kerana
tidak jelas dan tidak menggambarkan ayat harapan yang lengkap.
Contoh perenggan penutup yang baik jalinan
idea (koheren) dan tiada kesalahan bahasa
Sebagai
kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan
kes jenayah dapat ditangani dengan berkesan. Walau bagaimanapun, semua pihak
perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan awam
terjamin. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah pasti kes jenayah
sukar untuk ditangani. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku kerana kita
tidak mahu keamanan dan keselamatan anggota masyarakat terjejas. Jadi, kita
berharap agar masalah jenayah dapat ditangani dengan berkesan supaya rakyat
negara ini hidup aman dan sejahtera. (77 perkataan)
|
No comments:
Post a Comment