Pengikut laman ini

Tuesday, November 10, 2015

Soalan Esei Peperiksaan Percubaan STPM P1 2015 – Negeri Selangor dan Terengganu

Calon-calon STPM tahun 2015 bolehlah meneliti soalan percubaan STPM P1 negeri Selangor dan Terengganu 2015 seperti yang dipaparkan di bawah ini. Gunakan soalan tersebut untuk membuat latihan dan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan P1 pada 23 November nanti. Tulislah esei berdasarkan soalan tersebut. Kemudian, semaklah esei anda itu dan buat analisis sendiri atau dengan bantuan rakan dan guru. Anda perlu mengesan kesalahan terutamanya kesalahan bahasa agar anda tidak mengulanginya lagi dalam peperiksaan yang sebenar nanti. Selain itu, pastikan juga aspek kohesi dan koheren dalam setiap perenggan yang ditulis itu benar-benar mantap. 

Negeri
Soalan








Selangor
1     Cogan kata ‘Sehati Sejiwa’ telah dijadikan tema Hari Kemerdekaan bagi tahun 2015 sebagai inisiatif dalam memupuk perpaduan rakyat. Huraikan peranan rakyat dalam merealisasikan perpaduan di negara ini.

2  Isu kenaikan harga barang di negara kita bukan sahaja membimbangkan tetapi juga menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jelaskan faktor berlakunya kenaikan harga barang di negara kita dan peranan yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal keadaan ini.

3    Generasi hari ini semakin ramai yang tidak mengenali permainan tradisional. Walaupun terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempopularkan permainan tradisional ini, namun permainan ini masih kurang mendapat sambutan. Pada pandangan anda, apakah punca-punca permainan tradisional ini semakin terpinggir ?



Negeri
Soalan





Terengganu
Kemasukan pelabur asing boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.

2   Sebagai generasi yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang, golongan belia hendaklah berusaha untuk menjadi individu yang berkualiti. Huraikan ciri-ciri belia yang berkualiti.

Penguasaan lebih daripada satu bahasa amat digalakkan kerana kemahiran ini mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar. Huraikan faedah tersebut dan bagaimanakah hasrat itu dapat dicapai?


Saturday, August 29, 2015

Analisis Soalan STPM P3 2014

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM Penggal 3 pada bulan November ini boleh menjadikan analisis soalan yang berikut sebagai panduan untuk mengulang kaji topik-topik pelajaran dalam Penggal 3. Pelajar boleh membuat pertimbangan tentang topik-topik yang penting dan perlu diberikan penekanan semasa membuat ulang kaji. Berikan penekanan yang lebih terhadap topik-topik yang penting berdasarkan bilangan soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas.

Analisis Soalan STPM Penggal 3 Tahun 2014

Bil
Tajuk/Topik
Soalan Objektif
Soalan Struktur
2014
(U) 2014
2014
(U) 2014
1
Wacana
2
2
2
3
2
Retorik
3
3
2
1
3
Variasi Bahasa
4
4
1
3
4
Laras Bahasa
2
2
1
1
5
Semantik
4
4
2
1
6
Pragmatik
5
5
4
2

Jumlah
20
20
12
11


Sunday, April 26, 2015

Analisis Soalan Bahasa Melayu STPM P2 2014

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM Penggal 2 pada 20 Mei 2015 ini masih mempunyai masa untuk membuat ulang kaji topik-topik yang penting dalam penggal ini. Pelajar boleh menggunakan analisis soalan Penggal 2 ini sebagai panduan untuk meneliti pengagihan soalan objektif dan struktur berdasarkan topik-topik Penggal 2. Pelajar perlu berlatih untuk menjawab soalan objektif dan struktur (termasuklah soalan Analisis Kesalahan Bahasa) dan membincangkan jawapannya dengan guru.

Bil.
Soalan Objektif
Soalan Struktur
1.
Morfologi
Bil. Soalan
Aspek
Markah
Analisis Kesalahan Bahasa
a.
kata adjektif
1
morfem terikat
4
kata bilangan
b.
kata kerja bersisipan
1
kata tugas
3
kata penguat
c.
kata sendi – untuk, pada
2
akronim
2
KKTT
d.
kata bantu
1
frasa
2
frasa kerja pasif
e.
awalan peN-, -kan, apitan ke-…-an, imbuhan meN-
4
fungsi frasa sendi nama
2
4 kesalahan
f.
kata terbitan
1
klausa
1
9 markah
Jumlah
10
ayat komplemen
1

2.
Sintaksis

Pola ayat dasar
2

a.
subjek
1
Ayat tanya
4

b.
Binaan FN
1
Jumlah
21

c.
FKT & FKTT
2



d.
FA
3



e.
Ayat dasar
1



f.
ayat songsang
1



g.
ayat aktif transitif
1



h.
ayat pasif GND2 &3
1



i.
ayat perintah
1



j.
ayat tunggal
1



k.
ayat majmuk campuran
1



l.
ayat majmuk
1



m.
penerbitan ayat
2



n.
subjek dan predikat – rajah pohon
1



o.
frasa keterangan
1



p.
struktur ayat pasif
1



Jumlah
20