Calon-calon
STPM tahun 2016 bolehlah meneliti soalan percubaan STPM P1 negeri Selangor,
Pahang, Kelantan, dan Terengganu 2016 seperti yang dipaparkan di bawah ini.
Gunakan soalan tersebut untuk membuat latihan dan persediaan sebelum menghadapi
peperiksaan P1 pada 17 November nanti. Tulislah esei berdasarkan soalan
tersebut. Kemudian, semaklah esei anda itu dan buat analisis sendiri atau
dengan bantuan rakan dan guru. Anda perlu mengesan kesalahan terutamanya
kesalahan bahasa agar anda tidak mengulanginya lagi dalam peperiksaan yang sebenar
nanti. Selain itu, pastikan juga aspek kohesi dan koheren dalam setiap
perenggan yang ditulis itu benar-benar mantap.
Negeri
|
Soalan
|
Selangor
|
1
Pengangguran dalam
kalangan rakyat di negara kita berpunca daripada pertambahan kemasukan
pekerja asing. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
|
2 Masyarakat di Malaysia kini semakin gemar
melancong ke luar negara. Hal ini sedikit sebanyak akan menjejaskan sektor
pelancongan tempatan. Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi
menggalakkan rakyat melancong di dalam negara.
|
|
3 Hubungan
antara ahli keluarga dalam masyarakat kita, sama ada masyarakat di bandar
atau di luar bandar kian renggang. Jelaskan sebab kerenggangan hubungan
antara ahli keluarga dalam masyarakat di negara ini.
|
Negeri
|
Soalan
|
Terengganu
|
1 Peningkatan kes jenayah di negara ini turut dikaitkan
dengan pertambahan kemasukan tenaga kerja asing. Jelaskan faktor-faktor
penglibatan pekerja asing dalam kegiatan jenayah di negara ini.
|
2 Kini,
isu kenaikan harga rumah sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Huraikan
punca-punca permasalahan tersebut berlaku di negara ini?
|
|
3 Pihak
kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan kejayaan seseorang
atlet dalam bidang sukan yang diceburinya, khususnya pada peringkat
antarabangsa. Huraikan kesan kejayaan tersebut kepada atlet, masyarakat, dan
negara.
|
Negeri
|
Soalan
|
Pahang
|
1
Jumlah pelajar
asing yang melanjutkan pengajian tinggi di negara ini semakin meningkat,
malah dijangkakan akan terdapat 200,000 orang pelajar menjelang tahun 2020
kelak. Pertambahan jumlah mereka
menjadi petunjuk bahawa Malaysia amat berpotensi untuk menjadi hab pendidikan
global. Jelaskan faktor yang mendorong
mereka meneruskan pengajian di sini.
|
2 Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk memperkukuh
hubungan dan kerjasama antara rakyat berbilang kaum menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran yang menggugat kesejahteraan hidup mereka. Pada pendapat anda, bagaimanakah Gagasan
1Malaysia ini dapat direalisasikan?
|
|
3 Bidang
sukan mampu menaikkan nama negara di persada dunia. Oleh itu, seseorang atlet yang berjaya
mengharumkan nama negara telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran. Sejauh manakah pemberian ganjaran kepada
atlet oleh kerajaan mampu meningkatkan mutu sukan negara?
|
Negeri
|
Soalan
|
Kelantan
|
1 Pekerja yang berkualiti menjadi aset penting kepada
sesebuah organisasi dan negara. Setiap
majikan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerjanya. Jelaskan peranan
majikan dalam meningkatkan kualiti tenaga kerja di negara kita.
|
2
Kini,
masyarakat dunia sering terdedah kepada ancaman peperangan yang boleh meninggalkan pelbagai kesan
kepada kehidupan sejagat. Nyatakan
kesan ancaman tersebut kepada
kehidupan sejagat.
|
|
3 Perniagaan
secara elektronik atau e-dagang pada masa ini semakin mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat. Melalui e-dagang, perniagaan dilakukan hanya di
hujung jari. Bincangkan kebaikan dan keburukan perniagaan secara elektronik
ini.
|