Pengikut laman ini

Tuesday, November 10, 2015

Soalan Esei Peperiksaan Percubaan STPM P1 2015 – Negeri Selangor dan Terengganu

Calon-calon STPM tahun 2015 bolehlah meneliti soalan percubaan STPM P1 negeri Selangor dan Terengganu 2015 seperti yang dipaparkan di bawah ini. Gunakan soalan tersebut untuk membuat latihan dan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan P1 pada 23 November nanti. Tulislah esei berdasarkan soalan tersebut. Kemudian, semaklah esei anda itu dan buat analisis sendiri atau dengan bantuan rakan dan guru. Anda perlu mengesan kesalahan terutamanya kesalahan bahasa agar anda tidak mengulanginya lagi dalam peperiksaan yang sebenar nanti. Selain itu, pastikan juga aspek kohesi dan koheren dalam setiap perenggan yang ditulis itu benar-benar mantap. 

Negeri
Soalan








Selangor
1     Cogan kata ‘Sehati Sejiwa’ telah dijadikan tema Hari Kemerdekaan bagi tahun 2015 sebagai inisiatif dalam memupuk perpaduan rakyat. Huraikan peranan rakyat dalam merealisasikan perpaduan di negara ini.

2  Isu kenaikan harga barang di negara kita bukan sahaja membimbangkan tetapi juga menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jelaskan faktor berlakunya kenaikan harga barang di negara kita dan peranan yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal keadaan ini.

3    Generasi hari ini semakin ramai yang tidak mengenali permainan tradisional. Walaupun terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempopularkan permainan tradisional ini, namun permainan ini masih kurang mendapat sambutan. Pada pandangan anda, apakah punca-punca permainan tradisional ini semakin terpinggir ?



Negeri
Soalan





Terengganu
Kemasukan pelabur asing boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.

2   Sebagai generasi yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang, golongan belia hendaklah berusaha untuk menjadi individu yang berkualiti. Huraikan ciri-ciri belia yang berkualiti.

Penguasaan lebih daripada satu bahasa amat digalakkan kerana kemahiran ini mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar. Huraikan faedah tersebut dan bagaimanakah hasrat itu dapat dicapai?