Teknik Analogi
Teknik
analogi ialah teknik penyampaian idea yang dimulakan dengan membina satu ayat pernyataan
atau gagasan terhadap suatu perkara. Ayat kedua pula diikuti oleh ayat alasan atau
hujah terhadap pernyataan atau gagasan dalam ayat pertama. Kemudian ayat ketiga
akan dikaitkan dengan suatu pernyataan lain yang hendak dibandingkan dengan
ayat pertama. Ayat keempat ialah ayat alasan atau hujah berdasarkan ayat ketiga.
Ayat gagasan + |
Ayat hujah/alasan + |
Ayat perbandingan dengan gagasan + |
Ayat hujah/alasan |
Contoh perenggan teknik analogi Thailand merupakan sebuah negara yang telah
berjaya menarik kemasukan ramai pelancong asing. Rahsia kejayaan negara itu
ialah keupayaannya mengekalkan dan mempopularkan keindahan pantai serta alam
semula jadinya. Malaysia juga boleh berjaya dalam usaha untuk memajukan
industri pelancongan jika negara kita dapat melaksanakan langkah yang sama. Negara
ini mempunyai keindahan pantai dan alam semula jadi yang boleh dimajukan dan
dipopularkan. |
Berdasarkan permulaan petikan yang diberikan di bawah,
hasilkan sebuah wacana dengan menggunakan teknik analogi. Wacana yang
terhasil hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan. [3]
Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang perindustrian.
..........................................................................................................................