Pengikut laman ini
Saturday, April 21, 2018
Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM Penggal 2
Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM Penggal 2 untuk pelajar SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor; 21 April 2018; 8:30 - 1:00 tengah hari; Kompleks LKIM Kuala Selangor.
Labels:
bengkel,
penggal 2,
stpm,
STPM Penggal 2,
teknik menjawab soalan
Friday, April 6, 2018
Teknik untuk Mengesan Susunan Konstituen Ayat
Jika pelajar hendak mengesan susunan konstituen ayat, pelajar perlu mengenal pasti subjek,
predikat, dan frasa keterangan serta meneliti kedudukan atau susunannya dalam ayat tersebut. Predikat ayat akan
disongsangkan ke depan dan subjeknya diletakkan di belakang jika ayat itu ayat songsang. Jika ayat itu ada
frasa keterangan, frasa itu juga boleh disongsangkan dan dibawa ke hadapan. Sebagai contohnya,
telitilah soalan di bawah.
Soalan
STPM Penggal 2 2015
Analisis soalan dan jawapan:
16 Yang
manakah bukan ayat songsang?
A Bilakah delegasi dari negara Jepun akan
tiba?
B Rajin benar pembantu rumah Puan Saadiah itu.
C Adik lelakinya penulis novel remaja yang
terkenal.
D Pada minggu hadapan, Encik Khairul
menghadiri kursus.
Soalan
meminta pelajar untuk memilih ayat yang bukan
ayat songsang. Oleh itu, pelajar perlu mengenal pasti ayat songsang dan bukan
ayat songsang. Jawapannya C kerana ayat tersebut menepati kehendak soalan iaitu
ayat “Adik lelakinya penulis novel remaja yang terkenal.” merupakan
ayat susunan biasa dan bukan ayat songsang. Tiga ayat dalam
jawapan A, B, dan D pula merupakan ayat songsang kerana susunannya bukan
susunan biasa.
Susunan songsang bagi ayat C ialah "Penulis novel remaja yang terkenal adik lelakinya." Susunan biasa bagi ayat A ialah "Delegasi dari negara Jepun akan tiba bila?" Susunan biasa bagi ayat B pula ialah "Pembantu rumah Puan Saadiah itu rajin benar." Susunan biasa bagi ayat D ialah "Encik Khairul menghadiri kursus pada minggu hadapan."
Susunan songsang bagi ayat C ialah "Penulis novel remaja yang terkenal adik lelakinya." Susunan biasa bagi ayat A ialah "Delegasi dari negara Jepun akan tiba bila?" Susunan biasa bagi ayat B pula ialah "Pembantu rumah Puan Saadiah itu rajin benar." Susunan biasa bagi ayat D ialah "Encik Khairul menghadiri kursus pada minggu hadapan."
Subscribe to:
Posts (Atom)