Menganalisis Kehendak Soalan bidang morfologi (Soalan Semester 2 tahun 2019)
1
Yang manakah yang
benar tentang kajian morfologi?
I Pengklasifikasian kata
mengikut golongan
II Susunan bunyi dalam sesuatu
kata
III Peraturan membentuk kata
IV Asal usul sesuatu kata
A I dan III B
I dan IV C II dan III
D II dan IV
Soalan meminta pelajar untuk membuat pilihan terhadap
pernyataan yang benar tentang kajian morfologi. Calon perlu menguasai konsep
bidang morfologi dan jangan keliru dengan bidang fonologi dan sintaksis. Jawapan
yang betul bagi kajian morfologi merujuk pengklasifikasian kata mengikut
golongan kata dan peraturan membentuk kata iaitu pernyataan I dan III. Pernyataan
II iaitu susunan bunyi dalam sesuatu kata ialah kajian fonologi. Pernyataan IV
iaitu asal usul sesuatu kata pula merujuk sejarah perkembangan bahasa.
Morfem
Menganalisis kehendak soalan morfem (Soalan Ulangan Semester 2 tahun 2019)
1
Yang manakah yang
menepati konsep morfem bebas?
I Unit terkecil dalam bahasa
II Terdiri daripada imbuhan
III Boleh berdiri sendiri
IV Mempunyai makna
A I dan II B
I dan IV C II dan III
D III dan IV
Soalan meminta pelajar untuk membuat pilihan terhadap
pernyataan yang menepati konsep morfem bebas. Calon perlu menguasai konsep
morfem untuk menjawab soalan ini. Jawapan yang betul bagi konsep morfem bebas
ialah morfem tersebut boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna iaitu
pernyataan III dan IV. Pernyataan I iaitu unit terkecil dalam bahasa ialah fonem.
Pernyataan II iaitu terdiri daripada imbuhan pula merujuk morfem terikat.