Untuk soalan terakhir soalan
Pembacaan Kritis dan Analitis, pelajar dicadangkan untuk menggunakan teknik ITCH
dalam setiap perenggan.
I – Isi
(Ayat isi)
T – Tanya
(Ayat huraian terhadap isi - Tanya Kenapa @ Bagaimana)
C – Contoh
(Ayat contoh daripada ayat isi)
H – Huraian
(Ayat huraian terhadap contoh – hasil @ kesan)
Contoh Soalan dan Jawapan Pembacaan
Kritis dan Analitis
Soalan:
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah pencemaran alam.
Untuk
menangani masalah pencemaran alam, pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas.(I) Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman atau denda yang
berat akan menakutkan anggota masyarakat.(T) Sebagai contohnya, hukuman penjara atau
denda wang tunai dikenakan sekurang-kurangnya RM100,000.(C) Jadi, hukuman dan
denda yang berat dapat mengelakkan atau mencegah perkara itu daripada berlaku.(H)
Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan
di kawasan yang sering tercemar. Jadi, pihak berkuasa dapat mengesan kesalahan
tersebut lebih awal. Contohnya, pihak penguat kuasa perlu membuat rondaan di
kawasan sungai yang menjadi tempat pembuangan sisa toksik. Perkara ini dapat
mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.
Pihak yang bertanggungjawab perlu menganjurkan kempen kesedaran tentang
alam sekitar kepada semua pihak. Hasilnya, anggota masyarakat akan menghayati kepentingan
alam sekitar. Contohnya, kempen “Cintailah Alam Sekitar” atau kempen “Selamatkan
Bumi Kita” perlu dianjurkan. Kempen-kempen itu dapat menyedarkan anggota
masyarakat agar tidak merosakkan alam sekitar yang menjadi punca bencana alam.
(146 perkataan)