Teknik KCAHH (Kena Cermat Atau Hati Hati)
p Ayat Kesimpulan
p Ayat Cadangan umum
p Ayat Argumen
p Ayat Huraian argumen
p Ayat Harapan umum
K - Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan masalah rumah yang siap dibina tetapi tidak dibeli oleh orang ramai. (K) – Ayat Kesimpulan/ Ayat rumusan
C - Oleh itu, pihak berkuasa dan pihak pemaju perlu
memastikan rumah yang dibina dapat dijual kepada pembeli rumah. (C) –
Ayat cadangan umum
A - Sekiranya faktor-faktor tersebut tidak dapat diatasi,
pastinya pemaju perumahan dan anggota masyarakat akan menerima kesan buruknya. (A) – Ayat argumen
H - Jadi, kita tidak mahu kesan buruk tersebut menjejaskan
orang ramai untuk memiliki rumah. (Hu) – Ayat huraian terhadap argumen
H - Akhirnya, kita berharap agar masalah tersebut diberikan perhatian oleh pihak berkuasa supaya setiap keluarga dapat memiliki rumah sendiri dan hidup dengan selesa. (Ha) Ayat harapan umum (88 perkataan)
Contoh Perenggan Penutup Lain yang Menggunakan Formula
2K