Kelemahan Jalinan Idea (Koheren) dan
Kesalahan Bahasa
Perenggan Isi
Contoh perenggan isi yang kurang baik jalinan
idea (koheren) dan salah tatabahasanya
//Menguatkuasakan
undang-undang jenayah yang sering berlaku di negara kita. //Hal ini
dikatakan demikian kerana mereka yang menjadi penjenayah ini akan berasa
takut apabila hukuman yang diberi ke atas penjenayah membuat kesalahan yang
melibatkan mahkamah. //Contoh, undang-undang jalan raya, undang-undang
pengguna yang menggunakan kemudahan awan, undang-undang meletak kereta di
kawasan yang dilarang dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat akan sedar
bahawa setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan hukuman atau denda atau
kedua-duanya. Jelaslah bahawa, undang-undang yang ada di negara ini dapat membendung
jenayah tersebut. (82 perkataan)
|
Ayat
pertama salah sintaksisnya kerana ayat itu tergantung iaitu tiada subjek. Ayat
kedua pula salah dari segi semantik iaitu maksudnya kabur atau tidak jelas.
Ayat ketiga pula tidak koheren dengan ayat sebelumnya kerana contoh yang
diberikan bukan contoh kesalahan jenayah. Ayat tersebut juga salah dari segi
sintaksisnya kerana ayat itu juga tergantung iaitu tiada predikat. Jadi,
perenggan di atas tidak diolah dan dikembangkan dengan baik kerana jalinan
ideanya (koheren) tidak baik dan banyak kesalahan tatabahasa dalam perenggan
tersebut. Kesalahan aspek mekanis juga terdapat dalam ayat kelima iaitu tanda
koma selepas kata hubung “bahawa”. Sepatutnya tanda koma tidak diperlukan
selepas kata hubung komplemen “bahawa”.
Contoh perenggan isi yang baik jalinan
idea (koheren) dan bahasanya
Pihak berkuasa
hendaklah meningkatkan denda atau hukuman bagi kesalahan jenayah yang
dilakukan oleh orang yang didapati bersalah. Tindakan itu perlu dilakukan
kerana denda atau hukuman yang berat akan menakutkan orang ramai untuk
melakukan jenayah. Sebagai contohnya, hakim perlu menjatuhkan hukuman penjara
mandatori dan sebatan rotan kepada penjenayah di khalayak bagi kesalahan rompakan
atau pecah rumah. Dengan cara itu, orang ramai akan berasa takut dan kes
jenayah dapat dikurangkan. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa denda atau
hukuman yang berat dapat mengurangkan kes jenayah. (82 perkataan)
|
1 comment:
Poker online dengan presentase menang yang besar
ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856
Post a Comment