1.
Morfem ialah unit tatabahasa yang paling kecil yang
mempunyai makna.
· Morfem
terdiri daripada satu unit dan tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau
nahu yang lebih kecil, contohnya, kata "baca". "Baca" tidak
akan berfungsi dan tidak memberikan makna jika dipecahkan kepada “ba” dan “ca”.
· Sebaliknya,
kata "membaca" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "mem-"
dan "baca".
· Jadi,
perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
· Semua
kata ialah mofem tetapi bukan semua morfem ialah kata.
2.
Morfem
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu morfem
bebas dan morfem terikat.
· Morfem
bebas dapat berdiri sendiri dan mempunyai maksud tersendiri, misalnya: guru, rajin,
sekolah, periksa.
· Morfem
terikat pula boleh berbentuk imbuhan, misalnya: “mem-”, “per-“, “-kan”, “ber-“. Morfem terikat atau imbuhan tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu
kerana boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
· Morfem terikat boleh mengubah bentuk kata. Contohnya imbuhan “ber-” dalam “berjalan”
telah mengubah bentuk kata “jalan” daripada bentuk tunggal kepada bentuk
terbitan.
· Morfem terikat juga boleh mengubah golongan kata. Contohnya, akhiran “-an” dalam “makanan” telah
mengubah golongan kata “makan” iaitu daripada golongan kata kerja kepada
golongan kata nama (makanan).
· Kata
akar seperti “tani”, “tawa”, dan “tapa” juga merupakan morfem terikat kerana tidak mempunyai makna. Kata
akar memerlukan morfem terikat lain untuk menjadi morfem bebas, contohnya “pe-”
untuk kata “petani”.
Soalan STPM 2018
V
|
Klausa
|
III
|
II
|
I
|
1 Pernyataan yang manakah
yang tidak benar tentang I?
A Terbahagi kepada tiga jenis
B Ada yang boleh berdiri sendiri
C Ada yang mempunyai fungsi nahuan
D Merupakan unit tatabahasa yang terkecil
Soalan tersebut
meminta calon untuk memilih pernyataan yang tidak benar tentang I iaitu morfem. Oleh itu, calon perlu memahami ciri-ciri
morfem. Jawapannya A iaitu terbahagi kepada tiga jenis. Morfem sebenarnya terbahagi
kepada dua jenis sahaja iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Jawapan B, C,
dan D memang merupakan ciri morfem yang betul.
2 comments:
Salam cg, maaf bertanya..apa yang dimaksudkan oleh morfem terikat mendukung makna kenahuan?
Ha
Post a Comment