Bentuk kata
Pastikan bentuk fizikal kata tersebut. Adakah
bentuknya tunggal (T), terbitan (T), majmuk (M), atau ganda (G) (TTMG).
Terdapat empat bentuk kata sahaja dalam bahasa Melayu dan tiada bentuk kata yang lain. Jadi, berhati-hatilah ketika hendak
menentukan bentuk kata dan jangan keliru dengan golongan kata.
Golongan kata
Pastikan kata tersebut tergolong dalam golongan kata nama (N), kata kerja (K),
kata adjektif (A), atau kata tugas. (T) (NKAT) Terdapat empat
golongan kata sahaja dalam bahasa Melayu dan tiada golongan kata yang lain. Jadi, berhati-hatilah juga ketika
hendak menentukan golongan kata dalam bahasa Melayu dan jangan terkeliru dengan
bentuk kata pula.
Soalan STPM 2017
3 Yang manakah kata terbitan
yang kata dasarnya terdiri daripada kata tugas?
A Merupai
B Meyakini
C Mengenai
D Menyudahi
Soalan
berfokuskan kata terbitan yang kata
dasarnya terdiri daripada kata tugas.
Oleh itu, calon perlu mengenal pasti kata tugas dalam kata terbitan tersebut. Oleh
itu, pilihan jawapan D merupakan jawapan yang tepat kerana kata dasar
“Menyudahi” ialah “sudah” dan kata “sudah” merupakan kata tugas.
Soalan STPM 2017
32
|
Kesan
penggunaan komputer begitu banyak,
terutamanya kepada orang yang terlalu
kerap menggunakannya. Penggunaan komputer secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan. Jika seseorang sering menekan
tetikus dan menatap komputer
terlalu lama, ia boleh mengalami sakit belakang. Mata juga boleh mengalami
masalah jika tumpuan pandangan terlalu terarah kepada monitor komputer dengan lamanya. Ada juga yang mengatakan bahawa
penggunaan komputer secara berlebihan boleh membawa penyakit yang serius
kerana pancaran cahaya monitor komputer mengandungi radiasi.
|
(a) Berdasarkan petikan di atas,
(i) namakan bentuk
kata bagi perkataan yang berhuruf condong.
Perkataan
|
Bentuk kata
|
Berlebihan
|
Kata terbitan
|
Tetikus
|
Kata ganda
|
Monitor
komputer
|
Kata majmuk
|
[3]
(ii) berikan golongan kata bagi perkataan
yang bergaris.
Perkataan
|
Golongan kata
|
Banyak
|
Kata adjektif
|
Terlalu
|
Kata tugas
|
Radiasi
|
Kata nama
|
[3]
No comments:
Post a Comment