Tidak lama lagi pelajar penggal 3 akan menduduki peperiksaan. Oleh itu, teruskan ulang kaji dengan bersistematik dan gunakan panduan di bawah sebagai satu daripada bentuk bantuan semasa berada di dalam dewan peperiksaan.
- Rancang agihan masa (90 minit) – soalan objektif (20 soalan – dicadangkan 30 minit) & soalan struktur (45 markah – dicadangkan 60 minit)
- Soalan yang dikemukakan semestinya berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan (SPP) STPM terkini dan merujuk kepada hasil pembelajaran yang tercatat dalam SPP.
- Pelajar boleh mendapatkan sukatan tersebut dengan melayari laman web MPM.
- Gunakan buku rujukan yang berwibawa seperti buku terbitan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) dan buku-buku lain di pasaran.
- Maksud konsep mesti betul dan menepati kehendak soalan.
- Baca arahan dan kehendak soalan dengan teliti.
- Kuasai dan fahami konsep serta ciri-ciri dalam setiap topik.
- Konsep/ciri dan contoh perlu betul (contoh akan diterima jika konsep juga betul dan begitu sebaliknya)
- Tulis jawapan berdasarkan kehendak soalan atau markah (Kalau beri lebih isi, isi tersebut tidak diterima)
- Tepati arahan soalan semasa menulis wacana atau ayat yang memerlukan dua atau tiga ciri.
- Jika anda diminta untuk menulis wacana, pastikan sekurang-kurangnya dua ayat atau lebih.
- Mesti ada elemen perbezaan jika soalan meminta perbezaan (dalam satu ayat). Kalau perbandingan mesti ada persamaan atau perbezaan.
- Bagi soalan bina ayat daripada perkataan, jangan tambah imbuhan atau ubah perkataan tersebut.
- Kekalkan ayat asal bagi soalan yang memerlukan pelajar mengembangkan ayat tersebut. (Soalan Teknik Penyampaian Idea)
- Susunan gelaran dan panggilan hormat dalam kesantunan berbahasa mesti betul.
- Konsep atau istilah mestilah betul, tidak boleh diubah (contoh, penanda penghubung pertentangan (tentangan), penggantian bukan gantian, bahasa berulang bukan ulangan)
- Berhati-hati dengan soalan yang ada dua bahagian, (a) dan (b). Jawapan (a) harus selaras dengan soalan (a), dan jawapan (b) perlu selaras dengan soalan (b).
No comments:
Post a Comment