Negeri
|
Soalan
|
Format
|
Pahang
|
1. Sebagai seorang pegawai di Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, anda telah diarahkan untuk
menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pegawai pertanian dari negara jiran
yang mengikuti program lawatan dalam perkhidmatan. Ceramah anda adalah
tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor
pertanian negara.
Sediakan
teks ceramah anda selengkapnya.
|
Ceramah
|
2. Integrasi
nasional dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum penting untuk memupuk
toleransi yang mengelakkan sebarang pergeseran dan prejudis antara kaum yang
akan menggugat keutuhan bangsa Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan
telah melaksanakan pelbagai strategi sebagai wahana integrasi nasional.
Huraikan strategi tersebut.
|
Umum
|
|
3. Kemajuan sains dan teknologi telah
menghasilkan bahan kimia yang banyak manfaat kepada tamadun bangsa. Walau
bagaimanapun, penggunaan bahan tersebut tanpa kawalan boleh memudaratkan
kehidupan. Bincangkan kesan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan.
|
Umum
|
|
4. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet
negara ketika bertanding sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa
seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan negara semakin merudum. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah melaksanakan usaha untuk meningkatkan mutu sukan
negara. Jelaskan usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara.
|
Umum
|
|
Terengganu
|
1. Andaikan
anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan diminta untuk
menyampaikan satu ceramah kepada satu kumpulan pelajar di sebuah sekolah.
Fokus ceramah anda adalah mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum dalam
mencorakkan generasi muda di negara ini.
Sediakan teks ceramah anda itu.
|
Ceramah
|
2. Penciptaan
permainan berkomputer dikatakan mendatangkan pelbagai kesan kepada orang
ramai, terutama golongan remaja.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.
|
Umum
|
|
3.
Kecemerlangan seseorang atlet dalam bidang yang diceburinya dikatakan banyak
bergantung pada sikap atlet itu sendiri.
Sejauh manakah pandangan ini dianggap wajar?
|
Umum
|
|
4. Banyak pihak
mengatakan bahawa peperangan bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan
bahkan peperangan mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.
|
Umum
|
|
Selangor
|
1.
Kebanyakan persatuan belia di negara
kita bagai hidup segan mati tak mahu
kerana belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan
belia menceburkan diri secara aktif dalam persatuan.
|
Umum
|
2. Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas
Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, anda diminta untuk menyediakan
laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai
dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.
|
Laporan
|
|
3. Kini,
pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah golongan
masyarakat di negara kita.
Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan makanan tersebut?
|
Umum
|
|
4. Malaysia berusaha untuk memajukan bidang
aeroangkasa seiring dengan negara lain
di dunia. Jelaskan kesan
kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara.
|
Umum
|
|
Perak
|
1. Fenomena pembuangan bayi kian
membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah menunjukkan manusia sudah
hilang sifat kemanusiaannya. Bincangkan punca berlakunya fenomena ini dan
kesannya.
|
Umum
|
2. Sebagai pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu laporan tentang
langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan laporan tersebut.
|
Laporan
|
|
3. Kebanyakan bencana alam yang berlaku
pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan alam. Ulaskan
kenyataan ini.
|
Umum
|
|
4. Modal insan kelas pertama merupakan idea
yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita. Bincangkan kepentingan
modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkankannya.
|
Umum
|
|
Kelantan
|
1. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
mewajibkan setiap pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dapat
memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.
|
Umum
|
2. Penglibatan pelajar dalam bidang kajian
angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa.
Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian
tersebut.
|
Umum
|
|
3. Sejak belakangan ini, kemalangan yang
melibatkan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh
media massa. Bincangkan punca-punca
peningkatan masalah tersebut dan
langkah-langkah untuk mengatasinya.
|
Umum
|
|
Masyarakat kini kurang berminat untuk
menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta untuk menyediakan laporan
tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk
mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.
|
Laporan
|
Berdasarkan soalan karangan yang disenaraikan di atas, terdapat berbagai-bagai isu yang telah dikemukakan oleh setiap negeri. Pelajar-pelajar Tingkatan 6, sama ada yang berada di Tingkatan 6 Atas atau 6 Rendah, anda bolehlah menggunakan soalan-soalan tersebut untuk membuat latihan menulis karangan supaya karangan anda menjadi semakin mantap. Selain itu, pelajar Pra-U juga perlu menulis karangan yang berkaitan dengan isu-isu yang lain.
1 comment:
ikut saya juga ye cikgu =)
Post a Comment