Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua
soalan. [30 markah]
Makanan segera sebenarnya bukan sekadar
makanan yang dijual di rangkaian restoran makanan segera. Hal ini berdasarkan penjelasan seorang
pakar pemakanan ketika diminta untuk mendefinisikan makanan segera yang sudah
menjadi bualan hangat masyarakat kebelakangan ini. Selain itu, perkara ini juga timbul apabila Menteri Kesihatan
telah mengemukakan cadangan supaya iklan makanan segera diharamkan kerana
makanan segera tidak berkhasiat dan menjadi punca kepada penyakit kronik. Kebanyakan
makanan segera yang digemari oleh anggota masyarakat kita pada hari ini akan
memberikan impak yang tidak baik malahan memudaratkan kesihatan.
Sebenarnya,
memang ada makanan segera yang berkhasiat kepada tubuh dan ada pula yang memudaratkan
kita, tetapi perkara ini bergantung pada jenis makanan dan cara
penyediaannya. sebagai contohnya, ayam goreng yang dijual di restoran makanan
segera kurang berkhasiat dan memudaratkan kita. Hal ini demikian kerana ayam
yang digunakan mengandungi antibiotik atau hormon yang tidak diingini.
Kemungkinannya juga, bagi ayam goreng yang disediakan di pasar malam,
restoran atau di rumah mungkin lebih rendah kualitinya sekiranya minyak
tersebut digunakan berulang kali. Dalam hal yang sama, minyak yang digunakan
di restoran makanan segera yang dikawal kualitinya dan sering ditukar mengikut
jadual, mungkin lebih baik tahap kualitinya. Oleh itu, jika dilihat daripada
perspektif ini, tidak bermakna makanan segera di restoran makanan segera
kurang berkhasiat berbanding dengan yang terdapat di tempat lain.
Walau
bagaimanapun, pengambilan makanan bergoreng yang berlebihan tidak digalakkan.
Perkara ini akan meningkatkan pengambilan lemak yang menyebabkan peningkatan
risiko obesiti. Selain itu, orang yang kerap mengambil makanan segera akan
menghadapi komplikasi kesihatan akibat penyakit yang berkaitan dengan jantung
dan darah.
Pengambilan secara berlebihan
makanan segera yang mengandungi lemak tepu yang tinggi, lemak tidak tepu,
kandungan gula dan garam yang tinggi akan meningkatkan risiko terhadap
penyakit yang berkaitan dengan jantung, ketuaan dan kencing manis. Kandungan
kalori yang berlebihan dan disimpan tanpa sebarang tindak balas seperti
melakukan riadah boleh menyebabkan masalah obesiti dan kesihatan akan
terjejas. Oleh itu, kawallah pemakanan agar makanan yang dimakan itu seimbang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Baik Buruk Makanan Segera’,
oleh Sadatul Mahiran Rosli, Mingguan Malaysia 4 Mac 2007)
1. Jelaskan maksud frasa (a) ... tidak berkhasiat dan menjadi punca kepada penyakit kronik [2] (b) ... meningkatkan pengambilan lemak yang menyebabkan peningkatan risiko obesiti [2] 2. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas? [2] 3. Mengapakah ayam goreng yang dibeli dari restoran makanan segera atau di pasar malam tidak baik untuk kesihatan? [4] 3. “Walau bagaimanapun, pengambilan makanan bergoreng yang berlebihan tidak digalakkan.” Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas dengan mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dalam kalangan masyarakat. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20] |
3 comments:
D mna boleh dapat skema jawapan?
Mana jawapan
Post a Comment