Hal ini seterusnya akan mewujukan
budaya TMK dalam kalangan masyarakat
untuk memudahkan urusan seharian.
|
Jelaskan langkah yang dapat diambil oleh pihak tertentu untuk memupuk
budaya TMK dalam kalangan masyarakat di negara kita? Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi
150 patah perkataan. [20]
Jawapan pelajar
//Langkah yang dapat diambil
adalah pihak kerajaan mewujudkan sebuah pusat internet. Hal
ini dikatakan demikian kerana terdapat sebilangan rumah tiada gajet pintar atau
internet di rumah. Sebagai contohnya, pusat internet diwujudkan di kawasan
perumahan. //Hal ini kerana memudahkan anggota masyarakat tanpa mengira umur
untuk melayari internet.
//Seterusnya langkah yang
dapat diambil adalah mengadakan kelas TMK oleh pihak sekolah. //Isu
ini dapat dikatakan kerana masih ramai pelajar yang kurang celik penggunaan
gajet dan cara mengakses internet. Sebagai contohnya, pihak sekolah
mengadakan kelas cara mengakses internet melalui gajet pintar. Hasilnya, para
pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet.
//Akhir sekali, langkah yang
dapat diambil adalah penjualan gajet dengan harga yang murah oleh pihak
pengeluar gajet pintar. //Perkara ini dapat dikatakan
kerana segelintir anggota masyarakat tidak mampu untuk membeli gajet pintar.
//Sebagai contohnya, penjualan gajet dengan harga yang mampu dimiliki oleh
lapisan masyarakat. Hasilnya, anggota masyarakat dapat menggunakan IT dan
celik TMK. (148 perkataan)
Analisis
kesalahan
1. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar
ialah kesalahan kata pemeri “adalah” iaitu terdapat dalam ayat pertama
perenggan pertama dan perenggan kedua.
2. Kesalahan lain ialah kesalahan penggunaan
kata hubung “kerana” selepas frasa “Hal ini”. Sepatutnya kata hubung “kerana”
hadir selepas klausa seperti “Hal ini dikatakan demikian”. Kata hubung “kerana”
menghubungkan klausa dengan klausa atau ayat dengan ayat.
3. Kesalahan seterusnya ialah ayat tergantung
kerana tiada subjek atau tiada predikat seperti dalam ayat keempat, perenggan
ketiga.
4. Kesalahan isi iaitu isi tidak/kurang relevan seperti dalam perenggan ketiga. Syarikat pengeluar gajet pintar tidak berupaya untuk menjual produk mereka dengan harga yang murah kalau tiada bantuan, subsidi, atau pengecualian cukai daripada kerajaan.
4. Kesalahan isi iaitu isi tidak/kurang relevan seperti dalam perenggan ketiga. Syarikat pengeluar gajet pintar tidak berupaya untuk menjual produk mereka dengan harga yang murah kalau tiada bantuan, subsidi, atau pengecualian cukai daripada kerajaan.
Jawapan
yang sudah dibaiki kesalahannya
Pihak kerajaan perlu
mewujudkan lebih banyak pusat internet di sesuatu kawasan. Terdapat sebahagian
rumah masih tiada kemudahan internet di rumah. Sebagai contohnya, pusat
internet komuniti diwujudkan lebih banyak di
kawasan taman perumahan. Perkara ini akan memudahkan anggota masyarakat
untuk melayari internet.
Pihak sekolah boleh mengadakan
kelas TMK kepada pelajar. Tindakan ini harus dijalankan kerana masih ramai
pelajar yang kurang celik dalam penggunaan gajet dan cara mengakses internet.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan kelas tentang cara mengakses
internet melalui gajet pintar. Hasilnya, para pelajar dapat mengetahui cara menggunakan
internet untuk tujuan kebaikan.
Kerajaan perlu memberikan peranti
elektronik percuma kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Ada segelintir
anggota masyarakat yang tidak mampu untuk membeli peralatan tersebut. Contohnya,
Kementerian Pendidikan memberikan komputer riba atau telefon pintar kepada
pelajar miskin. Hasilnya, semua pelajar akan dapat menggunakan peranti elektronik
dan menjadi anggota masyarakat yang celik TMK. (141 perkataan)
No comments:
Post a Comment