Pelajar perlu mengesan kata kunci atau kehendak soalan dan mengaitkannya dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Garisi atau tandakan kata kerja transitif, objek tepat, dan objek sipi dalam ayat tersebut. Jadi, pelajar perlu menguasai rumus ayat aktif yang mengandungi dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi terlebih dahulu. Kemudian, pelajar perlu menguasai rumus ayat pasif daripada ayat dua objek. Teknik untuk mempasifkan ayat tersebut adalah dengan meletakkan objek tepatnya di hadapan kata kerja yang telah dipasifkan bagi ayat pasif ganti nama diri ketiga.
Contoh ayat aktif yang mengandungi dua objek ialah “Fatimah membancuhkan ayah kopi.” Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi “Ayah dibancuhkan kopi oleh Fatimah.” (Ayah - KGND ketiga) Contoh ayat aktif lain yang mengandungi dua objek ialah “Abang menghadiahi adik jam tangan.” Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi “Adik dihadiahi jam tangan oleh abang.” (Abang - KGND ketiga)
Bagi ayat pasif ganti nama diri pertama dan kedua pula, rumusnya adalah seperti yang berikut.
Contoh ayat aktif yang mengandungi dua objek untuk ganti nama diri pertama ialah “Saya membancuhkan ayah kopi.” (Saya - KGND pertama) Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi “Ayah saya bancuhkan kopi.” (Saya - KGND pertama berada di hadapan kata kerja) Contoh ayat aktif lain yang mengandungi dua objek untuk ganti nama diri kedua ialah “Kamu menghadiahi adik jam tangan.” (Kamu - KGND kedua) Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi “Adik kamu hadiahi jam tangan.” (Kamu - KGND kedua berada di hadapan kata kerja)
No comments:
Post a Comment