1. Baca petikan dengan teliti. Analisis setiap ayat dan tandakan kesalahan
bahasanya.
2. Tulis kesalahan tersebut
di dalam petak
di sebelah kiri
(... meningkatkan lagi ...)
3. Tulis alasan kesalahan di
dalam petak bahagian tengah (mulakan jawapan dengan menulis Kesalahan ...)
4. Tulis pembetulan atau jawapan
yang betul di dalam petak di sebelah kanan (... meningkatkan harga lagi ...)
5. Berikan tiga kesalahan, tiga alasan, dan tiga pembetulan sahaja walaupun
ada empat kesalahan atau lebih dalam petikan soalan.
Kelemahan dan
Kesilapan Jawapan Pelajar
2. Tidak dapat mengesan kesalahan bahasa dalam
petikan
3. Tidak dapat memberikan alasan bagi kesalahan
bahasa (lemah aspek morfologi & sintaksis)
4. Tidak dapat memberikan jawapan yang betul bagi
kesalahan bahasa
5.
Memberikan jawapan yang lebih daripada 3 (4 jawapan atau lebih)
Latihan
Baca petikan yang berikut
dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab
kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9]
Kita tidak menafikan bahawa kepentingan teknologi maklumat membawa
kepada kemajuan dan kebaikan dalam kehidupan manusia. Namun, kewujudannya
menyebabkan ancaman yang pelbagai daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jika dilihat dari sudut negatif, kecanggihan teknologi internet menyebabkan berlakunya
jenayah tradisional di dalam bentuk moden seperti peras ugut, penipuan, dan penyebaran
fitnah. Di samping itu, remaja yang terlalu kerap melayari internet tidak dapat
memiliki kehidupan bersosial kerana ketagih untuk berkomunikasi melalui alam
maya.
Bil.
|
Kesalahan
|
Sebab Kesalahan
|
Pembetulan
|
(a)
|
|||
(b)
|
|||
(c)
|
No comments:
Post a Comment