Soalan
STPM Penggal 2 – Soalan Objektif
Jika
pelajar hendak mengesan jenis ayat, pelajar
perlu mengenal pasti kata kunci yang
digunakan dalam ayat tersebut. Kata kunci yang digunakan dalam ayat tersebut
menggambarkan perintah seperti kata “usah”
atau “jangan” iaitu membawa maksud larangan. Sebagai
contohnya, analisis soalan di bawah dengan mengesan kata kunci tersebut.
Soalan STPM Penggal 2 2015
Analisis soalan dan jawapan:
20
|
Asal kapas menjadi benang
Benang ditenun dibuat baju
Barang yang lepas usah dikenang
Bukalah sahaja lembaran baru
|
Jenis ayat perintah yang terkandung
dalam pantun di atas ialah
I Ayat ajakan
II Ayat suruhan
III Ayat larangan
IV Ayat permintaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan
meminta pelajar untuk memilih ayat perintah yang terkandung dalam pantun di
atas. Oleh itu, pelajar perlu menentukan jenis ayat yang terkandung dalam
pantun tersebut. Petuanya, pelajar perlu mengenal pasti dan menandakan kata kunci yang menggambarkan jenis ayat perintah tersebut. Jawapannya C kerana ayat II ialah ayat suruhan, ditandai oleh
kata “Bukalah” dan ayat III ialah
ayat larangan, ditandai oleh kata “usah”.
No comments:
Post a Comment