Soalan
STPM Penggal 2 – Soalan Objektif
Jika
pelajar hendak mengesan ayat majmuk, pelajar
perlu mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat tersebut. Kata hubung tersebut menghubungkan dua klausa. Sebagai contohnya, telitilah soalan di bawah ini.
Soalan STPM Penggal 2 2015
Analisis soalan dan jawapan:
23 Yang manakah bukan ayat majmuk?
A Perabot yang rosak itu dibaikinya kemudian
dijualnya.
B Ali membaca manakala rakannya yang kepenatan
berehat.
C Setiausaha mencatat nama ahli yang hadir
yang memerlukan kenderaan.
D Motosikal anak penghulu itu telah terbakar
di tepi jalan pada minggu lalu.
Soalan
meminta pelajar untuk memilih ayat yang bukan
ayat majmuk. Oleh itu, pelajar perlu mengenal pasti ayat majmuk dan yang bukan
ayat majmuk. Jawapannya D kerana ayat dalam jawapan tersebut merupakan ayat
tunggal dan bukannya ayat majmuk kerana tiada
kata hubung dalam ayat itu. Ayat dalam jawapan A, B, dan C pula ialah ayat
majmuk iaitu ayat majmuk campuran yang menggunakan sekurang-kurangnya dua kata
hubung dalam satu ayat. Kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut ialah “yang”, “kemudian”, dan “manakala”.
No comments:
Post a Comment