Contoh Format Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1.0 Nama Sekolah
2.0 Tajuk kajian
Peningkatan Penguasaan Topik Morfologi dan Sintaksis Pelajar Tingkatan 6AK7 Melalui Teknik SoFT
Peningkatan Penguasaan Topik Morfologi dan Sintaksis Pelajar Tingkatan 6AK7 Melalui Teknik SoFT
3.0 Nama Penyelidik
4.0 Refleksi
Kajian ini dijalankan selepas saya mendapati
pelajar-pelajar agak sukar untuk mengingat rumus atau hukum tatabahasa
(morfologi dan sintaksis) yang terdapat dalam Penggal 2. Ada pula pelajar yang
tidak dapat mengemukakan contoh bagi sesuatu kata dalam topik mofologi dan
contoh ayat dalam topik sintaksis. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak
dapat membezakan golongan kata dengan bentuk kata. Kebanyakan alasan yang
diberikan oleh pelajar ialah mereka keliru
dan sukar untuk mengingati rumusnya.
Pelajar kerap kali juga kurang keyakinan diri
semasa pembentangan kumpulan dijalankan di dalam kelas. Sepatutnya mereka sudah
dapat menguasai kemahiran tersebut kerana perkara ini sudah didedahkan semasa
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setelah diteliti dan diperhatikan,
pelajar-pelajar masih tidak dapat menguasai rumus tatabahasa dan teknik
menjawab soalan dengan berkesan. Pelajar-pelajar seringkali mengatakan bahawa
mereka sukar untuk menghuraikan atau menerangkan rumus dan contoh sesuatu aspek
tatabahasa dalam topik-topik tersebut secara spontan dalam pembentangan. Hal
ini dikatakan demikian kerana mereka kurang pendedahan tentang cara untuk
menguasai rumus dan teknik menganalisis soalan objektif dan aneka pilihan.
Selain itu, mereka tidak tahu untuk menggunakan teknik yang betul dan kurang
diberikan peluang untuk bercakap atau memberian penerangan di hadapan
rakan-rakan.
Oleh hal yang demikian, saya mengambil langkah
yang proaktif dengan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan oleh para pelajar kerap kali
menolak permintaan rakan dan guru apabila disuruh bercakap dan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas. Selain itu, kajian ini dirasakan boleh
membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran lisan atau pengucapan awam
di samping mendapat pendedahan tentang cara untuk menganalisis soalan
tatabahasa dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar diharapkan dapat
memberikan jawapan yang betul selepas menganalisis sesuatu soalan. Hal ini
dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar akan diberikan rawatan yang sesuai
iaitu Teknik
SoFT (Soal, Fikir, Terangkan) yang dapat menarik perhatian pelajar
dan membolehkan mereka menganalisis soalan dan memberikan jawapan yang betul
dengan lebih mudah dan meyakinkan.
5.0 Fokus Kajian
Saya akan memfokuskan
kajian ini terhadap masalah penguasaan topik morfologi dan sintaksis dalam
Penggal 2. Di samping itu, semasa pembentangan kumpulan dijalankan, saya juga
akan meminta pelajar-pelajar lain menegur atau memberikan komen terhadap
kesalahan lain yang kerap kali dilakukan oleh rakan-rakan mereka dalam aspek
kesalahan tatabahasa. Sekiranya kelemahan pelajar dalam kedua-dua aspek
tersebut dapat diatasi, saya yakin bahawa keputusan peperiksaan Bahasa Melayu
STPM Penggal 2 kolej ini akan dapat ditingkatkan dari segi kuantiti dan
kualiti.
6.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai
objektif yang berikut:
6.1. Objektif Am
Pelajar dapat menjawab soalan morfologi dan sintaksis dengan menggunakan teknik SoFT.
6.2. Objektif Khusus
Pelajar dapat;
Pelajar dapat;
6.2.1
menguasai rumus atau hukum tatabahasa dalam topik morfologi,
6.2.2 menguasai rumus atau hukum tatabahasa dalam topik sintaksis.
7.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar
tingkatan 6AK7 yang akan menduduki peperiksaan STPM Penggal 2 pada bulam Mei
nanti. Responden kajian terdiri daripada 12 orang pelajar yang berbangsa Melayu
dan seorang pelajar berbangsa India. Kajian ini dijalankan berdasarkan
keputusan markah Ujian Pengesanan Penggal 2 yang kurang memberangsangkan. 13
orang pelajar itu terdiri daripada pelajar tingkatan 6AK7 yang berpencapaian
sederhana dan rendah dalam ujian tersebut.
8.0 Tindakan yang Dicadangkan
8.1
Tinjauan Masalah
Sebelum langkah yang seterusnya diambil dalam
menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan
dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah ini dengan lebih mendalam. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data melalui cara yang berikut:
8.1.1 Latihan
topikal dan soalan tutorial mingguan.
8.1.2 Pemerhatian terhadap respons pelajar di dalam
kelas.
8.2
Langkah-langkah yang Dijalankan
8.2.1 Guru menggunakan kaedah kumpulan untuk pelajar
berbincang bagi menganalisis soalan dan guru akan membimbing mereka semasa
perbincangan dijalankan.
8.2.2 Guru meminta pelajar menggunakan teknik SoFT
iaitu teknik berfikir secara logik/rasional semasa mereka menganalisis soalan
atau menguasai rumus tatabahasa.
8.2.3 Guru menggunakan bahan bantu belajar yang menarik
perhatian pelajar.
8.2.4 Pelajar diminta untuk memberikan penerangan
selepas perbincangan dijalankan.
8.2.5 Pelajar-pelajar lain diminta untuk memberikan
pandangan dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh rakan semasa pembentangan
kumpulan dijalankan.
9.0 Jadual Pelaksanaan
Bil.
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1.
|
Sesi penerangan dan penjelasan
|
Minggu ketiga Jan
|
2.
|
Membuat Tinjauan Awal/Ujian pra
|
Minggu keempat Jan
|
3.
|
Menyediakan proposal
|
Minggu pertama Februari
|
4.
|
Merancang tindakan
|
Minggu kedua Februari
|
5.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu ketiga Februari
|
6.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu keempat Februari
|
7.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu kelima Februari
|
8.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu pertama Mac
|
9.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu kedua Mac
|
10.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu ketiga Mac
|
11.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu keempat Mac
|
12.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu kelima Mac
|
13.
|
Melaksanakan tindakan/rawatan
|
Minggu pertama April
|
14.
|
Mengumpul data dan membuat analisis
|
Minggu kedua April
|
15.
|
Menulis Laporan
|
Minggu ketiga April
|
10.0 Perbelanjaan
11.0 Kesimpulan
Kajian ini penting untuk membantu dan
membimbing pelajar dalam menguasai topik morfologi dan sintaksis serta
penguasaan kemahiran menjawab soalan dengan teknik yang berkesan. Selain itu,
kajian ini diharapkan
dapat menyuburkan budaya menyelidik, membuat rujukan,
perbincangan dengan rakan-rakan dan menyelesaikan masalah secara sistematik dan
berkesan. Kajian ini juga akan dikongsi bersama dengan guru-guru Bahasa Melayu
yang lain khususnya di kolej ini dan secara amnya guru-guru dari sekolah yang
lain.
1 comment:
mohon halal ya ambil penulisan cikgu dan edit untuk dijadikan kajian tindakan saya
Post a Comment