Calon-calon
STPM tahun 2015 bolehlah meneliti soalan percubaan STPM P1 negeri Selangor dan
Terengganu 2015 seperti yang dipaparkan di bawah ini. Gunakan soalan tersebut untuk
membuat latihan dan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan P1 pada 23
November nanti. Tulislah esei berdasarkan soalan tersebut. Kemudian, semaklah esei
anda itu dan buat analisis sendiri atau dengan bantuan rakan dan guru. Anda
perlu mengesan kesalahan terutamanya kesalahan bahasa agar anda tidak
mengulanginya lagi dalam peperiksaan yang sebenar nanti. Selain itu, pastikan
juga aspek kohesi dan koheren dalam setiap perenggan yang ditulis itu
benar-benar mantap.
Negeri
|
Soalan
|
Selangor
|
1 Cogan kata ‘Sehati Sejiwa’ telah dijadikan
tema Hari Kemerdekaan bagi tahun 2015 sebagai inisiatif dalam memupuk
perpaduan rakyat. Huraikan peranan rakyat dalam merealisasikan perpaduan di
negara ini.
|
2 Isu kenaikan harga barang di negara kita
bukan sahaja membimbangkan tetapi juga menimbulkan pelbagai kesulitan kepada
masyarakat, terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jelaskan
faktor berlakunya kenaikan harga barang di negara kita dan peranan yang harus
diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal keadaan ini.
|
|
3 Generasi
hari ini semakin ramai yang tidak mengenali permainan tradisional. Walaupun
terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan untuk mempopularkan permainan tradisional ini, namun permainan ini
masih kurang mendapat sambutan. Pada pandangan anda, apakah punca-punca
permainan tradisional ini semakin terpinggir ?
|
Negeri
|
Soalan
|
Terengganu
|
1 Kemasukan pelabur
asing boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.
|
2 Sebagai
generasi yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang, golongan belia
hendaklah berusaha untuk menjadi individu yang berkualiti. Huraikan ciri-ciri
belia yang berkualiti.
|
|
3 Penguasaan lebih
daripada satu bahasa amat digalakkan kerana kemahiran ini mendatangkan
pelbagai faedah kepada pelajar. Huraikan faedah tersebut dan bagaimanakah hasrat
itu dapat dicapai?
|
1 comment:
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya.Saya seorang pelajar pt3.Bolehkah cikgu menyemak dan menanda karangan yang saya tulis?
Post a Comment