Perkara yang Perlu Diberikan
Perhatian Semasa Menjawab Soalan
A. Kesalahan Sintaksis
1. Baca setiap ayat dengan teliti dan pastikan ayat itu tidak tergantung
iaitu tiada subjek atau predikat.
2. Cari kesalahan lain seperti kesalahan frasa kerja pasif kerana masih ada
calon STPM yang tidak dapat membezakan frasa kerja pasif bagi kata ganti nama
diri pertama dan kedua, serta kata ganti nama diri ketiga.
3. Calon perlu memastikan tiada kata tanya dalam ayat penyata.
B. Kesalahan Morfologi
1. Teliti penggunaan perkataan iaitu pemilihan kata (diksi) yang terdapat dalam
petikan. Pastikan perkataan itu sesuai mengikut maksud dan penggunaannya dalam
ayat tersebut. 2. Pastikan setiap kata kerja yang digunakan dalam petikan
mematuhi rumus tatabahasa terutamanya kata kerja transitif atau kata kerja tak
transitif.
3. Calon perlu berhati-hati dengan penanda wacana yang digunakan dalam ayat
kerana ada calon STPM yang keliru untuk membezakannya dengan kata hubung.
4. Calon juga perlu meneliti kesalahan lain sekiranya ada seperti kesalahan
penggunaan kata jamak, kata majmuk, kata sendi nama, kata bantu, kata penguat, kata
seru, hukum D-M, dan imbuhan.
C. Kesalahan Aspek Mekanis
1. Pastikan ejaan bagi setiap perkataan dalam petikan itu dieja dengan betul
iaitu mengikut ejaan bahasa Melayu baku (standard).
2. Calon perlu berhati-hati terhadap tanda baca yang digunakan dalam
petikan, mungkin ada tanda baca yang salah.
D. Aspek Teknikal
1. Calon STPM boleh mengemukakan tiga kesalahan bahasa sahaja
dengan alasan dan pembetulannya. Jawapan
yang selebihnya tidak akan disemak.
Soalan Latihan
Baca petikan yang berikut dan kenal
pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab
kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[9]
Secara relatifnya, bulan
Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minima yang agak rendah berbanding
dengan bulan-bulan lain. Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di
kebanyakan tempat terutamanya di Pantai Timur dan di utara Semenanjung pada
minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang.
Angin ini berpunca dari negara China yang ketika ini sedang mengalami cuaca
sejuk. Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia
sepanjang minggu ini merendahkan lagi suhu pada waktu malam dan awal pagi.
Berdasarkan keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan
datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga minggu
hadapan.
Bil.
|
Kesalahan
|
Sebab kesalahan
|
Pembetulan
|
Jawapan cadangan
Bil
|
Kesalahan
|
Sebab kesalahan
|
Pembetulan
|
1.
|
… minima …
|
Kesalahan
ejaan yang tidak baku
|
… minimum …
|
2.
|
… adalah disebabkan oleh.
|
Kesalahan
penggunaan kata pemeri adalah. Kata pemeri adalah digunakan untuk
memerihalkan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
|
… disebabkan oleh.
|
3.
|
… merendahkan lagi suhu ...
|
Kesalahan
penggunaan kata kerja aktif transitif
yang tidak diikuti oleh objek atau penyambut yang sepatutnya terdiri
daripada kata nama. Kata lagi
bukannya kata nama tetapi kata adverba.
|
… merendahkan suhu lagi.
|
1 comment:
Assalamualaikum cikgu?saya faris bekas pelajar tingkatan 6 tahun 2010. adakah cikgu masih menyimpan lagi puisi dan lagu pada tahun 2008 dimana smkbbst menghantar wakil bagi pertandingan. boleh saya dapatkan dari cikgu? setahu saya cikgu yang mengarang puisi tersebut. ni emel saya (budaya@mppkl.kptm.edu.my) terima kasih cikgu.
Post a Comment