Pelajar-pelajar Pra-U Penggal 1 Sesi 2012/13 perlu bersedia lebih awal dan berlatih untuk mengolah
isi karangan supaya karangan itu lebih mantap. Hal ini demikian kerana, pada bulan November nanti peperiksaan Penggal 1 akan dihadapi oleh mereka. Yang berikut
disenaraikan bidang tajuk esei, bentuk tugasan soalan, dan isu-isu karangan
tersebut untuk dijadikan sebagai latihan.
Bidang Tajuk
Esei
- ekonomi
- pendidikan
- sukan
dan rekreasi
- bahasa/seni/budaya/sastera
- sains
dan teknologi
- kemanusiaan
dan kemasyarakatan
Bentuk Tugasan Soalan Esei
- bincangkan
- huraikan
- jelaskan
- berikan
ulasan/pandangan/pendapat
- berikan cadangan
- berikan penilaian
- bahaskan
- sejauh manakah
Bil
|
Isu yang Dicadangkan / Bidang Tajuk Esei
|
Tugasan Soalan
|
1.
|
Peningkatan
harga barang (ekonomi)
|
|
2.
|
Pusat
Pendidikan Serantau (pendidikan)
|
|
3.
|
Kepentingan
Kemudahan Sukan (sukan)
|
|
4.
|
Masalah
Pencemaran Bahasa (bahasa)
|
|
5.
|
Baik Buruk
Penggunaan Internet (sains dan teknologi)
|
|
6.
|
Masalah
Pembuangan Bayi (kemanusiaan & kemasyarakatan)
|
|
7.
|
Pelaburan asing
(ekonomi)
|
|
8.
|
Kebaikan atau
Keburukan Institusi Pendidikan Swasta (pendidikan)
|
|
9.
|
Penganjuran
Sukan Di Peringkat Antarabangsa (sukan)
|
|
10.
|
Peranan Filem (seni/budaya)
|
|
11.
|
Negara
Perindustrian Baharu (teknologi)
|
|
12.
|
Masalah Jenayah
(kemanusiaan & kemasyarakatan)
|
|
13.
|
Penggunaan Kad
Kredit (ekonomi)
|
|
14.
|
Permasalahan
Sastera Melayu Lama (sastera)
|
|
15.
|
Gejala
Vandalisme (kemanusiaan & kemasyarakatan)
|
|
16.
|
Fenomena
Pemanasan Global (alam sekitar)
|
|
17.
|
Penguasaan
Wanita dalam Perkhidmatan Awam (kemanusiaan &
kemasyarakatan)
|
|
18.
|
Masalah
Pendatang Asing Tanpa Izin (kemanusiaan & kemasyarakatan)
|
|
19.
|
Kepentingan Internet (teknologi)
|
|
Berdasarkan isu-isu
karangan yang telah dicadangkan tadi, pelajar-pelajar perlulah memikirkan fokus soalannya dengan berdasarkan bentuk tugasan soalan esei yang disenaraikan di atas. Pelajar-pelajar perlu
berlatih untuk membina soalan sendiri berdasarkan fokus soalan tersebut. Hal
ini dapat membantu pelajar untuk mempertajam pemikiran bagi menulis karangan atau esei.
Sila teliti soalan tahun-tahun lepas dan binalah soalan anda sendiri dengan
berdasarkan soalan-soalan yang pernah dikeluarkan oleh MPM dalam peperiksaan STPM
sebagai panduan.
3 comments:
Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 14 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:
http://mysoalan.blogspot.de/2012/06/kaji-selidik.html
Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!
cikgu salam sejahtera...terima kasih kerana wujudkan blog2 macam ini..banyak di luar sana..tapi bila cikgule bertuah kali ni..Saya sudah bekerja..sudah lama juga..minat dengan sains akhirnya bahasa melayu pula jadi sasaran..
nak komen siapa2 kena charge pula kan...hehe
ok..saya nak cadangkan cikgu bagi satu blog untuk anak2 kita ni..dengan kumpul soalan ..maksud saya semua soalan bahasa melayu dan format jawapan..
jenis soalan dan jawapan
1) soalan
a) jenis karangan
b) contoh pendahuluan
c) cara isi karangan(berformat/tidak berformat)
d) larangan penggunaan ayat pada karangan tertentu
KALAU RAJIN...hehe bagi contoh kesilapan umum
saya perasan banyak cikgu ni simple dan tiba2..tiba2 macam guru matematik..bla2 bla3 jawapan..tiba2..duk format lain jawapan sama..dah kena tengking..marah pula..
saya suka bagi pendekatan asas..dari mana munculnya dan apa kegunaan dia..senang cerita ..duk padam2 je ayat rahsia kat surat ofis..bagi tunjuk dorang format dia dan format peperiksaan..laporan bagi je berita newspaper..
real life real study..saya bagi ceramah ngan budak2 macam ni(pelajar sekolah..dirahsiakan kerja apa)..bagi lucu sikit..siapa untung..jadi glamor hehe..cuma blog saya lain sikit..dok join dengan anonymous..kan minat sains..ah tuk lagi bengong pelajaran dorang..
akhir kata..saya kurang taip blog..saya suka yang real punya kerja..dah keja gov pun..(dirahsiakan)..apa2lah..baik juga cikgu bagi panduan..macam tu..sedih saya rindu kat guru2..macam saudara saya pula..tinggi jasa ..dan sesiapa yang ihklas..bersyukurlah pada Tuhan kan..bila anak murid berjaya..cam guru saya senyum panjang kat saye..terror pula sal benda pelik2..software uuui telebih sudah..terima kasih jika dpertimbangkan..saya doakan cikgu berjaya mengajar anak2 kita dan berjaya lebih dari kita kan hehe
saya baru je nak exam untuk penggal satu akhir tahun ni..tapi saya terkeliru untuk buat karangan bahasa melayu ni..cikgu saya sering mngutarakan pelbagai persoalan spt bagaimana ? apa? dimana? walaupun saya dah tahu tetapi kami pelajar-pelajar tetap terkeliru.. nak faham soalan pun kadang-kadang merangkaka-rangkak..
Post a Comment