Esei ini telah disediakan oleh saudari Munirah bt. Ali Mohamed daripada Kelas 6 Atas 2, SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Punca-Punca Pemanasan Global
Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang semakin banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini tidak sama jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udara yang lebih nyaman dan keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa ini sudah menjadi lebih panas dan memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia serta alam sekitar. Hal ini dapat diibaratkan seperti manusia pada masa ini hidup seperti di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang melakukan pembakaran secara terbuka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada anggota masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Sebagai contohnya, pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut melakukan aktiviti pembakaran terbuka semasa melakukan penerokaan hutan dan pertanian pindah. Di samping itu, ada pula yang membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula kawasan pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.
Faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas yang berbahaya secara tidak terkawal daripada kenderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana bilangan kenderaan bermotor semakin meningkat saban tahun. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Perkara ini membuktikan bahawa pemanasan global berpunca daripada pelepasan asap daripada kenderaan bermotor.
Pembebasan gas klorofluorokarbon ke udara juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon berlaku. Perkara ini seterusnya menyebabkan gejala pemanasan global semakin serius berlaku dewasa ini. Gas tersebut digunakan dengan meluas di dalam alat pendingin hawa, peti sejuk, dan alat penyembur racun nyamuk serta lipas. Seterusnya perkara itu menyebabkan pancaran cahaya matahari secara terus ke bumi berlaku dan suhu bumi menjadi semakin panas. Tambahan pula, sinar ultraungu daripada cahaya matahari yang tidak ditapis oleh lapisan ozon akan menyebabkan penyakit kanser kulit. Jelaslah bahawa pembebasan gas yang berbahaya tersebut menjadi salah satu sebab pemanasan global berlaku pada masa ini.
Pembebasan gas klorofluorokarbon ke udara juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon berlaku. Perkara ini seterusnya menyebabkan gejala pemanasan global semakin serius berlaku dewasa ini. Gas tersebut digunakan dengan meluas di dalam alat pendingin hawa, peti sejuk, dan alat penyembur racun nyamuk serta lipas. Seterusnya perkara itu menyebabkan pancaran cahaya matahari secara terus ke bumi berlaku dan suhu bumi menjadi semakin panas. Tambahan pula, sinar ultraungu daripada cahaya matahari yang tidak ditapis oleh lapisan ozon akan menyebabkan penyakit kanser kulit. Jelaslah bahawa pembebasan gas yang berbahaya tersebut menjadi salah satu sebab pemanasan global berlaku pada masa ini.
Perkembangan dalam sektor perindustrian yang semakin pesat turut menjadi faktor pemanasan global. Hal ini dikatakan demikian kerana kegiatan perindustrian yang pesat menyebabkan kilang-kilang membebaskan gas berbahaya seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida. Perkara itu menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya memanaskan suhu bumi. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, fenomena ini tentunya memburukkan keadaan lagi dan menyebabkan suhu bumi semakin panas. Jadi, pelepasan gas berbahaya daripada kilang menjadi satu daripada faktor pemanasan global berlaku.
Faktor pembinaan bangunan pencakar langit dan bangunan yang berdinding cermin yang semakin banyak turut menjadi penyebab kepada pemanasan global. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pantulan cahaya daripada matahari terhadap cermin bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Jadi, kesan haba tersebut menyebabkan suhu bumi semakin panas dan menyebabkan kesan negatif kepada semua hidupan di bumi. Jelaslah bahawa proses pembandaran dan pembangunan yang pesat merupakan faktor berlakunya pemanasan global.
Kesimpulannya, banyak perkara yang menyebabkan tercetusnya gejala pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan di dunia ini perlu mengamalkan semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang tercemar ini dapat dipulihkan semula. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin serius ini dan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat lebih prihatin terhadap alam sekitar. Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”. Jadi, kita berharap agar fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia pada masa ini akan dapat ditangani segera agar keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan.
Oleh Munirah bt. Ali Mohamed (6A2)
17 comments:
terbaik dan menarik..saya sukakannya...
karangan yang cukup baik.....
thanks ..sgt berguna sbg rujukan saya mmbuat esei ~
karangan yang sungguh bermakna . sesuai untuk jadikan bahan rujukan....=)
nice essay :)
KARANGAN YANG CUKUP BAIK....TERIMA KASIH ATAS IDEA YANG TELAH DIBERIKAN...INI MEMBANTU SAYA UNTUK MENGARANG KARANGAN YANG LEBIH BAIK...
Thumbs up untuk essay awak ni :)
terima ksih :)
Bez la... Tolong sy byk menyelesaikan esei sy...:)
Tq for this essay,Terbaik������
Terima kasih😊😊
Thank you who has written this essay.
Good idea
Everyone here from 2010-2012 while I am here for esei stpm 2021,how time flies :')
Bla bla bla
Suttu
������
Post a Comment