Pengikut laman ini

Monday, September 27, 2010

Fokus Karangan SPM 2010 – Bencana Alam

Antara isu lain yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah isu yang berkaitan dengan bencana alam.


Soalan yang berkaitan dengan isu ini terdapat dalam Kertas 1 (Karangan Respons Terbuka) Peperiksaan Percubaan SPM 2010 negeri Terengganu iaitu Soalan 3.


Kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di negara ini berpunca daripada kerakusan manusia itu sendiri.

      Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor berlakunya tanah runtuh dan kesan-kesannya.



Selain itu, soalan negeri Perak juga menyentuh isu yang sama, cuma soalan tersebut termasuk dalam dimensi isu antarabangsa iaitu soalan 4 dan fokus soalannya juga berbeza.

Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga, Malaysia telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi menghadapi kejadian tersebut pada masa hadapan.

     Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan negara serantau untuk menghadapi bencana alam tersebut.

Yang berikut, dipaparkan pula soalan dan karangan contoh yang menyentuh isu yang hampir sama dengan soalan negeri Terengganu untuk dijadikan rujukan.

Soalan contoh


Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

     Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.


Rangka Karangan

Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam

Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit

Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu

Karangan Contoh


     Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letupan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menghalang kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.
     Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak memikirkan kesannya sebelum menebang pokok. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa masalah ini menjadi penyebab bencana alam berlaku.
     Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami masalah pernafasan dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
     Ada sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadi punca bencana alam berlaku.
     Bencana alam yang berlaku kebiasaannya disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.
     Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir, dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera sebelum bertindak agar kita tidak ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidak bertanggungjawab.

22 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BERKONGSI DENGAN KAMI, IAITU KARANGAN CONTOH YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH CIKGU DI SLIDE INI.
KATANGAN CONTOH INI TELAH MEMUDAHKAN SAYA UNTUK MENJADIKAN KARANGAN INI SEBAGAI BAHAN RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH

dr.ika said...

betul kata anonymous.. terima kasih sangat kepada cikgu dan jangan lupa doakan kami calon spm 2010.. semoga ALLAH memberkati cikgu..

Aiman said...

Terima kasih untuk karangan yang baik...diharap lebih bnyak karanganA+ di muat naik

Anonymous said...

blog yg sangat membantu saya dalam membuat rjukan.
terima kasih kerana berkongsi.
http://ernamorgan.blogspot.com/

Amirah Mior said...

terima kasih cikgu =)

bavi_babygurl.. said...

cikgu...,i ini intake baru..harap saya dapat manfaatkan segala yang bakal saya pelajari dari cikgu...

Aweentommy said...

cikgu,sy berterima kasih untuk tajuk karangan stpm yang harus di bincangkan untuk tahun ini.

azlina said...

assalamualaikum cikgu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan saya tidak jemu menjadikan bahan ini sebagai rujukan pada karangan saya.sekaligus saya dapat memperbaiki karangan saya dari semasa ke semasa.terima kasih cikgu, mohon restumu dan doamu untukku.

Anonymous said...

ini karangan SPM ???? saya guna karangan ni dalam percubaan pmr pun dapat markah low. apatah lagi untuk spm. hancur result rasanya -'-

Dyana said...

Assalamualaikum Cikgu,terima kasih kerana sudi berkongsi karangan ini.Saya akan jadikan karangan ini sebagai bahan rujukan untuk peperiksaan SPM pada tahun ini..

Sekian,terima kasih.

ayie said...

terima kasih krn sanggup berkongsi dengan kami,iaitu cth karangan ini..

Shiny's RAM said...

Terima kasih byk2 cikgu kerana sudi berkongsi karangan2 yang banyak membantu kami sebagai bahan rujukan..

Unknown said...

Yea... thanks !!

Anonymous said...

thanks so much . muah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lyaa said...

THX kerana selalu update psl karangan A+...it's really helpful...thanks again cikgu...
>_<

Anonymous said...

terima kasih cikgu..saya guna karangan ini untuk ujian lisan pt3...doakan saya mendapat keputusan yg cemerlang cikguu...terima kasih cikgu....

MR.J said...

Terima kasih atas perkongsian ini..Sya gunakn untuk latihn sblom mnjlng pt3..saya mendoakan nuraini luthfiah binti ab aziz dan semua calon pt3 yg mlawat blog ini mendapat 10A dalam pt3..aamin

MR.J said...

Terima kasih atas perkongsian ini..Sya gunakn untuk latihn sblom mnjlng pt3..saya mendoakan nuraini luthfiah binti ab aziz dan semua calon pt3 yg mlawat blog ini mendapat 10A dalam pt3..aamin

Anonymous said...

karangan 2010 .. skang ni 2018 .. dah tue 8 tahun tpi karangan okay

bak kate orang english ...
old but gold :P

Unknown said...

ini karangan @ laporan cikgu?????

Unknown said...

Terima kasih, ia telah banyak membantu kepada pelajar macam kami