Satu topik atau isu penting yang perlu diberikan perhatian dalam soalan karangan STPM tahun ini ialah kenaikan harga barang. Oleh itu, saya sertakan karangan contoh dengan rangka karangannya sekali di bawah ini.
Soalan contoh:Masalah kenaikan harga barang yang berpunca daripada kenaikan harga petrol telah memberikan banyak kesan kepada para pengguna di negara kita. Jelaskan kesan-kesan tersebut dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.
Rangka Karangan
Pendahuluan (IKCHF @ IKTHF)
Kenaikan harga petrol – kenaikan harga barang – perlu tingkatkan usaha – kenaikan harga boleh dikawal – perlu berusaha untuk kawal kenaikan
Isi-isi Penting (IKTHP @ IKCHP)
i. Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit – kuasa beli berkurangan – harga barang keperluan dapur meningkat – mendatangkan kesan kepada pengguna – perlu bijak berbelanja.
ii. Kadar inflasi meningkat – ekonomi bermasalah – beri contoh – menyusahkan masyarakat – perlu jimatkan perbelanjaan.
iii. Jalankan kempen jimat cermat – sampaikan mesej – gunakan media arus perdana – beri kesedaran – kenaikan harga dapat ditangani.
iv. Rancang perbelanjaan seharian – beli barang yang perlu – beli barang yang murah – dapat jimatkan wang – kurangkan masalah.
v. Pengguna digalakkan menanam sayur – tak perlu beli sayur – tanam sayur sendiri – berikan kepada jiran – eratkan hubungan
Kesimpulan (RCAHH @ KCAHH)
Amalan berjimat cermat – sedar akan kenaikan harga – timbulkan banyak masalah – jangan sudah terhantuk baru nak tengadah – tangani kenaikan harga barang.
Harga petrol yang meningkat di seluruh dunia telah menyebabkan kenaikan harga bahan bakar tersebut tidak dapat dielakkan dan turut meningkat di negara kita. Kenaikan tersebut telah memberikan kesan negatif kepada pengguna kerana banyak barang juga turut meningkat harganya. Barang-barang keperluan seperti gula, tepung, minyak masak, susu, ikan, ayam telah mengalami kenaikan harga. Perkara tersebut tentunya menyusahkan pengguna atau anggota masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan kenaikan harga barang yang dihadapi oleh pengguna dan langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk menanganinya.
Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua, antaranya ialah masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini dikatakan demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Sebagai contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 20 hingga 50 peratus daripada harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini cuma cukup makan sahaja. Tegasnya, kehidupan masyarakat semakin sukar akibat kenaikan harga barang.
Kesan lain yang melibatkan semua pengguna ialah kadar inflasi akan meningkat di negara kita. Apabila kadar inflasi meningkat. sudah tentu ekonomi kita akan menghadapi masalah untuk berkembang dan seterusnya pertumbuhan ekonomi akan lembab. Sebagai contohnya, sebelum bulan Jun 2008 kadar inflasi di negara kita masih berada di bawah paras 3 peratus, tetapi apabila harga petroleum meningkat pada bulan Jun, kadar inflasi juga meningkat hingga melebihi 7 peratus. Oleh itu, kesan inflasi ini sudah tentu akan menimbulkan masalah kepada semua golongan masyarakat. Jadi, jelaslah bahawa masalah inflasi akan terus mencengkam pengguna akibat kenaikan harga barang.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan anggota masyarakat di negara kita untuk menangani masalah ini. Langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang dijalankan akan menyebarkan mesej kerajaan untuk menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat akan mendatangkan hasil. Kempen tersebut boleh dijalankan melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio, dan juga media cetak. Kempen tersebut juga sekurang-kurangnya diharapkan dapat memberikan kesedaran tentang perbelanjaan berhemat kepada para pengguna. Dengan cara itu, kesan kenaikan harga barang akan dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam kalangan pengguna.
Langkah seterusnya ialah para pengguna perlu merancang perbelanjaan seharian dengan lebih berhemat. Hal ini akan menjadikan para pengguna di negara kita lebih bijak semasa berbelanja iaitu mereka cuma perlu membeli barang-barang yang diperlukan sahaja. Barang-barang yang kurang diperlukan tidak perlu dibeli atau mungkin ada barangan alternatif yang lain dan lebih murah harganya di pasaran. Para pengguna boleh membeli barang makanan yang dimakan setiap hari sahaja berbanding dengan makanan sampingan yang kurang penting. Oleh itu, wang yang digunakan untuk membeli barang-barang yang kurang diperlukan itu dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan lain yang lebih penting. Perkara ini serterusnya dapat mengurangkan masalah yang timbul akibat kenaikan harga barang yang dihadapi oleh semua pengguna.
Anggota masyarakat yang juga merupakan pengguna digalakkan untuk menanam sayur-sayuran bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Dengan cara ini, para pengguna tidak perlu lagi membeli sayur-sayuran di pasar setiap hari. Anggota masyarakat boleh menanam sayur-sayuran yang mudah ditanam di belakang rumah ataupun di dalam pasu seperti cili, kangkung, sawi, kunyit, serai, tomato, dan sebagainya. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran. Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Sebagai kesimpulannya, para pengguna hendaklah mengamalkan langkah-langkah yang berkesan untuk menangani masalah kenaikan harga barang. Oleh itu, semua pengguna perlulah sedar akan kesan buruk akibat kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Sekiranya para pengguna tidak tidak mengendahkan perkara tersebut, sudah tentulah kenaikan harga barang akan menimbulkan masalah yang serius kepada mereka sendiri. Jadi, kita tidak mahu perkara itu berlaku dan langkah yang proaktif perlulah diambil agar tidak menjadi seperti peribahasa nasi sudah menjadi bubur baru hendak bertindak. Kita berharap agar masalah kenaikan harga barang yang hangat diperkatakan pada masa ini akan dapat ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negara kita.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim
7 comments:
Mengapa karangan cikgu terdapat (IKCLH@IKTHH) dan sebagainya?
Adakah itu formula untuk menulis karangan?
Jika itu teknik penulisan, saya ingin belajar, di manakah saya boleh dapat buku tersebut?
Buku terbitan Oxford Fajar? Saya pernah jumpa nama cikgu dalam buku terbitan Oxford Fajar?
Harap cikgu dapat beritahu saya secepat mungkin. Saya pelajar tingkatan 4 tahun depan (volcanowizard@hotmail.com).Terima kasih.
IKCLH ialah formula saya. IKTHH dan RCPH pula ialah formula Dr. Ghazali. Saya pinjam formula Dr. Ghazali untuk murid-murid di sekolah saya dan saya sudah mendapat kebenaran beliau. Saya tidak menulis buku dengan Oxford Fajar, tapi Dr. Ghazali yang menulis buku dengan penerbit tersebut. sila hubungi beliau sendiri untuk mendapatkan buku tersebut.
adakah dr . ghazali pernah mengajar si banting selangor?konsep yang diberikan amat bagus dan mudah difahami.terima kasih
terima kasih cikgu.blog cikgu banyak membantu saya untuk membuat kajian tentang bahasa melayu.saya adalah pelajar di sekolah menengah kebangsaan madai kunak,sabah.nama saya joselin johar.
salam. cikgu,cikgu ad tidak soaln panas yang di jangka keluar tahun ini??
cikgu boleh saya bertanya.macam mana nak mantapkan bahasa melayu dalam pepriksaan?kerana bm saya selalu dapat D.
Saya merupakan salah seorang pelajar tingkatan 6 dan mnghadapi masalah dlm pengolahan ayat . Boleh sy dpt kn tips untuk atasi masalah ni tak
Post a Comment