Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM SMKBBST tahun 2011 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang (96.4%) dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Rabu lepas. Tahniah juga kepada 1 orang murid cemerlang yang telah memperoleh 3 Prinsipal A dan 1 Prinsipal B+ iaitu Rosafiza Zakaria. Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda berupaya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa. Saya bersyukur kerana pencapaian yang telah ditunjukkan oleh semua calon STPM 2011 ini telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Sepang. Semua guru dan pentadbir berasa bangga atas kejayaan anda semua dan berazam untuk meneruskan usaha bagai meningkatkan kecemerlangan STPM pada tahun ini. Kejayaan anda juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM tahun ini.
Sekalung tahniah kepada 7 orang murid yang telah mendapat Prinsipal A (Rosafiza Zakaria, Muhammad Fakhrurazy Abd. Majid, Raja Muhammad Hanafi Raja Iskandar, Fatin Amira Mohd Nor, Nurul Atiqah Habidin, Nurul Farhana Zainor, dan Nurul Natasha Shaharuddin) dan 4 orang lagi mendapat Prinsipal A- (Thiparani Thangaraju, Nur Edleen Ezzaty Mat Zaki, Nur Suliana Samsudin, dan Siti Fatimah Mohd Zainal Abidin) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peningkatan ini merupakan pencapaian yang paling baik berbanding dengan 2 orang sahaja pelajar yang mendapat Prinsipal A dan 3 orang pelajar memperoleh A- pada tahun 2010.
Tahun 2012 juga menunjukkan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu mencapai 88.9% lulus berbanding dengan 75.6% tahun 2010. Hal ini bermakna, seorang murid sahaja gagal dan dua orang lagi Lulus Sebahagian. Usaha anda selama ini akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan semua warga SMKBBST. Anda telah membuktikan bahawa anda memang layak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Karangan beberapa orang pelajar yang telah saya paparkan dalam blog ini telah mendapat Prinsipal A dan B+. Nurul Nastasha dan Raja Muhammad Hanafi telah memperoleh Prinsipal A dan Munirah Ali Mohamed mendapat Prinsipal B+.
Tahniah juga saya ucapkan kepada 14 orang pelajar yang mendapat 4 Prinsipal dalam 4 mata pelajaran. Impian anda sebelum ini akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Saya ingin menasihatkan pelajar agar meneruskan azam dan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang semasa berada di universiti nanti. Jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan kepada anda ini.
Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga semestinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Saya mendoakan pelajar-pelajar yang mendapat CGPA 2.5 ke atas juga akan memperoleh tawaran daripada universiti tempatan. Insya-Allah, semoga semua yang lulus akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian sama ada IPTA atau IPTS di negara kita ini.
Keputusan STPM SMKBBST 2011
Jumlah Calon - 28 orang
Peratus lulus (sekurang-kurangnya lulus 1 mata pelajaran) - 27 orang (96.4%)
Lulus 4 Prinsipal - 14 orang (51.9%)
Lulus 3 Prinsipal – 7 orang (25.9%)
Lulus 2 Prinsipal – 4 orang (14.8%)
Lulus 1 Prinsipal – 2 orang (7.4%)
Gagal semua - 1 orang (3.7%)
CGPA 3.0 ke atas - 9 orang
CGPA 2.5 - 2.9 - 6 orang
CGPA 2.0 - 2.4 - 8 orang
Jumlah 2.0 ke atas - 23 orang
Kurang daripada 2.0 - 4 orang
ANALISIS KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SMKBBST STPM 2011
Jumlah Pelajar = 27 orang
Prinsipal | Kertas 1 | Kertas 2 | Keseluruhan |
A | 12 (44.4%) | 7 (25.9%) | 7 (25.9%) |
A- | 5 (18.5%) | 1 (3.7%) | 4 (14.8%) |
B+ | 1 (3.7%) | 3 (11.1%) | 1 (3.7%) |
B | 3 (11.1%) | 2 (7.4%) | 3 (11.1%) |
B- | 0 (0.0%) | 4 (14.8%) | 3 (11.1%) |
C+ | 3 (11.1%) | 0 (0.0%) | 4 (14.8%) |
C | 1 (3.7%) | 3 (11.1%) | 2 (7.4%) |
Jumlah/Peratus Mendapat Prinsipal | 25 (92.6%) | 20 (74.1%) | 24 (88.9%) |
C- | 1 (3.7%) | 7 (25.9%) | 2 (7.4%) |
D+ | 0 (0.0%) | 0 (0.0%) | 0 (0.0%) |
D | 0 (0.0%) | 0 (0.0%) | 0 (0.0%) |
Jumlah Lulus Sebahagian | 1 (3.7%) | 7 (25.9%) | 2 (7.4%) |
F | 1 (3.7%) | 7 (25.9%) | 1 (3.7%) |
Jumlah Pelajar | 27 | 27 | 27 |
Gred Purata = 2.95





