Pengikut laman ini

Friday, November 22, 2024

Kesalahan-Kesalahan dalam Perenggan Esei Pelajar

1. Kesalahan memulakan ayat dalam sesuatu perenggan

2. Kesalahan Tatabahasa

3. Kesalahan perenggan terlalu panjang

Contoh Perenggan yang Bermasalah

//seterusnya, langkah lain yang boleh digunakan untuk mempopularkan sastera melayu tradisional dengan menggunakan media sosial untuk menyebarkan lebih mendalam tentang sastera melayu tradisional.  //Dengan melalui media sosial, anggota masyarakat dapat menerima pendedahan akan sastera melayu tradisional dengan lebih cepat memandangkan anggota masyarakat pada masa kini lebih banyak menghabiskan masa menggunakan media sosial. //Contohnya, maklumat-maklumat yang disebarkan melalui media sosial lebih cepat disampaikan dan mudah difahami untuk menambah pengetahuan akan sastera Melayu tradisional pada waktu yang selalu digunakan untuk menggunakan media sosial. //Anggota masyarakat akan lebih memilih untuk menggunakan sastera melayu tradisional di media sosial mereka.  //Jelaslah bahawa media sosial dapat membantu pendedahan yang meluas tentang sastera Melayu tradisional.   (120 perkataan)

Contoh Perenggan yang Sudah Dibaiki

Kerajaan boleh mempopularkan sastera Melayu tradisional dengan menggunakan media sosial.  Melalui media sosial, anggota masyarakat akan mendapat maklumat tentang sastera Melayu tradisional dengan lebih mudah dan cepat memandangkan anggota masyarakat pada masa ini lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan media sosial. Maklumat boleh disebarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan melalui media sosial seperti “tiktok”,   “Instagram”,  “facebook”,   dan   sebagainya.  Perkara  itu   dapat   meluaskan pengetahuan  masyarakat  tentang  sastera  Melayu  tradisional.  Tegasnya,  media  sosial merupakan medium yang sesuai dan berkesan untuk membantu kerajaan bagi menyebarkan maklumat tentang sastera Melayu tradisional kepada anggota masyarakat.  (90 perkataan)


Saturday, August 24, 2024

Wacana - Ciri dan Contohnya

Wacana

Ciri-ciri wacana

     Kohesi

-          Jalinan ketatabahasaan

     Koheren

-    Jalinan idea

Contoh wacana

Kemalangan jalan raya kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai semasa memandu kenderaan. Mereka kebiasaannya tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu kenderaan di jalan raya. Sebagai contohnya, mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan ataupun mereka memandu kenderaan dalam keadaan mengantukKeadaan itu seterusnya akan menyebabkan pemandu kenderaan hilang tumpuan dan tidak dapat mengawal kenderaan lalu menyebabkan berlakunya kemalangan.

Nota:  Bahagian yang bergaris itu ialah koheren

          Bahagian yang digelapkan itu pula ialah kohesi

Soalan STPM 2023

Jawapan

(a) Kohesi

(b) Koheren


Sunday, May 5, 2024

Mengenal Pasti Kata Kerja Pasif dalam Ayat

 Teknik atau Petua untuk Mengenal Pasti Kata Kerja Pasif  pada kata kerja berimbuhan -ber... dalam Ayat

Contoh soalan Ulangan 2 STPM (2021)

Petua atau teknik menganalisis ayat yang mengandungi kata kerja pasif

Tukar imbuhan –ber pada kata tersebut kepada imbuhan –di. (Kalau boleh ditukar dan ayat itu gramatis, kata tersebut ialah KK pasif. Ayat yang mengandungi KK pasif juga merupakan ayat pasif.)

berjumlah - …dijumlah (Tidak gramatis)

berbasikal - …dibasikal (Tidak gramatis)

berlagak - …dilagak (Tidak gramatis) 

D  …berbasuh - …dibasuh (Gramatis)


Monday, March 11, 2024

Menentukan Teknik Penyampaian Idea

 Cara Menentukan Jenis Teknik Penyampaian Idea

1. Kenal pasti Pernyataan Umum (PU) atau Pernyataan Khusus (PK).

2. Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti Pernyataan Umum atau Pernyataan Khusus?

3. Pernyataan Umum bersifat umum dan boleh disoal serta ada jawapan terhadap soalan itu. Pernyataan Khusus pula bersifat khusus dan tidak perlu disoal kerana sudah jelas.

Contoh Wacana

Hutan merupakan khazanah alam yang sangat berharga kepada kita. (PU)  Pelbagai jenis herba, kayu, rotan, dan buluh terdapat di dalam hutan. (PK) Hasil hutan itu sangat diperlukan dalam pelbagai industri seperti perubatan tradisional, perabot, dan kraftangan. (PK) Pendek kata, hutan ialah khazanah yang tinggi nilainya kepada manusia. (PU)    (35 perkataan)

Untuk penjelasan lanjut layari https://www.youtube.com/watch?v=521CixU7cxo&t=1084s