Pengikut laman ini

Tuesday, March 24, 2020

Kuiz Morfologi dan Sintaksis Siri 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pelajar digalakkan untuk belajar secara on-line dengan guru melalui pelbagai aplikasi internet dan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran daripada pelbagai sumber dalam internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 dikuatkuasakan oleh kerajaan. Jadi, saya ingin berkongsi bahan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar STPM Semester 2 ini iaitu soalan kuiz morfologi dan sintaksis. Soalan tersebut berbentuk objektif dan mengandungi 15 soalan setiap siri. Saya akan memuat naik kuiz tersebut secara berperingkat-peringkat. Soalan tersebut sekurang-kurangnya boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat latihan dan menguji kefahaman terhadap setiap topik dan subtopik morfologi dan sintaksis untuk Semester 2. Soalan kuiz tersebut boleh dilayari di sini. (https://forms.gle/Su2n55NQJ3DDiWa5A)
Selamat belajar.

1 comment:

Roslina Abu said...

Assalamualaikum Cikgu Kassim.

Saya tidak boleh menjawab soalan. Adakah latihan ini hanya untuk pelajar cikgu sahaja. ? Kalau boleh saya ingin menjawab soalan ini.