Pengikut laman ini

Tuesday, August 4, 2009

Rumusan Karangan STPM

Kekeliruan tentang Rumusan Karangan STPM

Bagi murid-murid Tingkatan 6 Bawah atau Prauniversiti Bawah, soalan rumusan mungkin masih mengelirukan mereka. Hal ini demikian kerana, murid-murid masih terpengaruh oleh soalan Rumusan SPM. Mereka lebih cenderung untuk mencari isi tersurat dan tersirat. Oleh itu, murid-murid perlulah membiasakan diri dengan soalan Rumusan STPM dan menyesuaikan format soalan Rumusan Karangan STPM.

Murid-murid hendaklah melupakan soalan Rumusan SPM dan memberikan fokus atau tumpuan terhadap Rumusan Karangan STPM. Dalam soalan Rumusan STPM, murid-murid perlu mencari Isi Utama, Isi Sokongan, dan Kesimpulan. Dalam soalan Rumusan SPM. murid-murid sudah diberikan fokus isi tersurat dan tersiratnya. Murid-murid juga perlu menulis pendahuluannya di samping kesimpulan yang perlu difikirkan sendiri oleh pelajar.

Bagi soalan Rumusan Karangan STPM pula, murid-murid tidak perlu memikirkan isi-isi tersiratnya. Semua isi, iaitu sama ada Isi Utama, Isi Sokongan atau Kesimpulan perlu dicari dan diambil daripada petikan yang disediakan. Perkara penting yang perlu diberikan penekanan oleh murid-murid ialah mencari Isi Utama yang tidak dinyatakan dalam fokus soalan seperti SPM. Isi Utama mestilah dicari daripada perenggan pertama petikan. Selain itu, Isi Utama itu juga perlu jelas berdasarkan idea dalam perenggan pertama setiap petikan.

Isi Sokongan pula perlu dicari dan diambil daripada perenggan-perenggan lain dalam petikan tersebut. Setiap Isi Sokongan juga mesti jelas berdasarkan idea yang terdapat dalam petikan. Kebiasaannya, terdapat 5 hingga 6 Isi Sokongan daripada setiap petikan Rumusan Karangan. Isi Sokongan merupakan isi-isi lain yang menyokong Isi Utama.

Setelah mendapat 5 atau 6 Isi Sokongan, murid-murid perlu mencari Isi Kesimpulannya pula yang terdapat dalam perenggan akhir setiap petikan. Isi Kesimpulan juga perlu jelas berdasarkan idea dalam perenggan yang akhir daripada petikan.

Perbandingan antara Rumusan Karangan STPM dengan Rumusan SPM

1. STPM - Tiada fokus soalan
SPM - Ada fokus soalan
2. STPM - Tiada isi tersirat – semua isi ada dalam petikan
SPM - Ada isi tersirat
3. STPM - Ada isi Utama
SPM - Ada pendahuluan
4. STPM - Ada isi Sokongan
SPM - Ada isi tersurat dan tersirat
5. STPM - Ada isi Kesimpulan
SPM - Ada kesimpulan
6. STPM - Setiap isi perlu perlu jelas berdasarkan ayat-ayat dalam petikan
SPM - Isi perlu ringkas dan padat
7. STPM - Jumlah perkataan 180 – 190 perkataan
SPM - Jumlah perkataan tidak melebihi 120 perkataan
8. STPM - Perlu ditulis dalam 3 perenggan
SPM - Tiada format khusus tentang perenggan

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

3 comments:

juilis69 said...

Salam sejahtera cikgu, terima kasih banyak-banyak dengan info yang cikgu berikan itu. Sangat berbaloi kepada pelajar saya.

Jmi Foo~ said...

cikgu,saya nak tanya kenapa dalam rumusan spm x boleh guna harus,perlu....tapi guru di sek cakap boleh...

khir said...

askum, maaf cikgu, rumusan dalam STPM.
Bagi isi sokongan tak perlu hurai, cari sahaja dalam setiap ayat. *Mustahak : setiap ayat pasti ada idea pengarang kecuali ayat yang jelas menunjukkan contoh tidak beridea { India dan Hong Kong ialah negara pengeluar filem dunia} atau jelas ayat menunjukkan pengulangan idea pengarang.
Setiap ayat ambillah sekurang-kurangnya satu kata kunci. Idea tidak mungkin terhasil dari satu ayat sahaja, sebab itulah keseluruhan petikan cuma ada 5 - 6.