Pengikut laman ini

Friday, January 23, 2009

Karangan Contoh SPM - Rumah Terbuka

Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan mengadakan rumah terbuka.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Penganjuran rumah terbuka juga mendatangkan kesan negatif kerana terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Sebagai kesimpulannya, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.
Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim

40 comments:

Evon said...

Godd karangan cikgu

Anonymous said...

salam cikgu boleh tak
bagi isi2 penting untuk karangan mengenai MARITIM....

atau ape2 laman web mengenai maritim


amat dihargai
pakasayo@yahoo.com.my

fernando rukaini said...

syukran ;;;;;;;;

kerror onizuka said...

terima kasih cikgu penat saya mencari contoh karangan ini akhirnya jumpa jua...
apa-apapun terima kasih banyak-banyak cikgu..

Anonymous said...

thnks cikgu..dh lme sy cri krangn nih~

Yan said...

Terima Kasih Cikgu... Susah sya nak cari isi2 pnting karangan ini... akhirnya jmpa jga... Ribuan terima kasih sya ucapkan... ^^

Anonymous said...

Terima Kasih Cikgu!

ikmaldaniel15 said...

Terima kasih cikgu :)I Love you

ikmaldaniel15 said...

Terima kasih cikgu :)I Love you

ikmaldaniel15 said...

Terima kasih cikgu :)I Love you

Anonymous said...

thanks cikgu . karangan yg sangat menarik :)

Anonymous said...

Terima kasih cikgu

Anonymous said...

alhamdulillah , akhirnya dpat jugak contoh krangan nii . terima kasih cikgu khir kassim . sayang cikgu :)

Anonymous said...

Mine is better

Anonymous said...

tq

Anonymous said...

terima kasih cikgu .. tapi tak dak ka untuk kebaikan saja..?

Anonymous said...

nice kargn.....

Anonymous said...

bagusnya.... macam mana la cikgu dapat idea sprti ni......................................

Anonymous said...

bagusnya.... macam mana la cikgu dapat idea sprti ni......................................

Anonymous said...

ini berapa patah perkataan?

Anonymous said...

Cikgu macam mana nak buat perenggan penutup

Anonymous said...

thank you... it really help for my tugasan harian moral.. ;)

hasnierra said...

terima kasih cikgu... banyak isi penting yg sye jumpa untuk tugasan sye..

Anonymous said...

ngoh ngoh... :p

Anonymous said...

Dari tahun 2009 sampai lah sekarang saya lihat tiada sebarang reaksi komen negatif terhadap karangan cikgu bagi saya karangan cikgu memang terbaik,terima kasih cikgu!

Anonymous said...

Woah ... calm down, mate. Why do you have to be so salty and rude. Such an imbecile you are. Be grateful you sorry little ass -.-

Anonymous said...

Holly shit

hafizi said...

Ni karangan berpandukan ransangan kan cikgu ?

Unknown said...

Karangan Rumah Terbuka Aidilfitri nie memang power(*_*)
#Sya suka

Unknown said...

Karangan Rumah Terbuka Aidilfitri nie memang power (*_*)
#Sya suka...

Anonymous said...

Terima kasih cikgu saya mintak izin nak copy karangan cikgu

Anonymous said...

mintak izin ya

Unknown said...

Assalamualaikum saya nk tanya...karangan ni...formatnya apa...

Unknown said...

Asslkm cikgu boleh tak buat karangan tentang persiapan sebelum mengadakan rumah tebuka

syaza said...

terima kasih cikgu. saya mintak izin untuk copy karangan ni ye

Unknown said...

👍🏻

BLOG AKU said...

Terima kasih cikgu

Unknown said...

Tq cikgu

Unknown said...

good karangan help to write in exam

Unknown said...

👍