Pengikut laman ini

Friday, November 14, 2008

Analisis Kertas 2 STPM 2002 - 2007

Analisis Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 2 (2002 - 2007)

Soalan Bahagian A : Karangan

2002
1. Faktor yang mempengaruhi kestabilan institusi kekeluargaan. (Format umum)
2. Kesan pertumbuhan pasar raya. (Format umum)
3. Langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. (Format umum)
4. Punca kekurangan bekalan air dan langkah mengatasinya. (Format khusus - Laporan)

2003
1. Kesan negatif pencemaran sungai dan langkah mengatasinya. (Format umum)
2. Sebab kelembapan pasaran buku ilmiah dan cadangkan langkah untuk mepertingkatkannya. (Format umum)
3. Faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan cetak rompak dan kesan-kesannya. (Format umum)
4. Kelemahan sistem pengangkutan awam dan langkah mengatasinya. (Format khusus -Laporan)

2004
1. Usaha mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk melalui sistem pendidikan. (Format umum)
2. Kesan buruk penggunaan racun serangga dan langkah mengatasi masalah. (Format umum)
3. Ulasan tentang faktor kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran dalam mencapai kemajuan negara. (Format umum)
4. Cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. (Format khusus - Ucapan)

2005
1. Kepentingan aktiviti sukan dalam kehidupan warga Malaysia. (Format umum)
2. Dapatkah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. (Format umum)
3. Cara-cara Malaysia mengatasi kegawatan ekonomi. (Format khusus - Ceramah)
4. Kesan negatif penggunaan tenaga buruh kanak-kanak di negara dunia ketiga. (Format umum)

2006
1. Kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. (Format khusus - Ceramah)
2. Penjelasan tentang sebab-sebab siswazah kurang berminat dalam bidang pertanian. (Format umum)
3. Penyataan kekesalan tentang kesan negatif program bersifat realiti yang disiarkan melalui televisyen. (Format khusus - Memorandum)
4. Sebab golongan belia kurang berminat dalam bidang keusahawanan. (Format umum)

2007
1. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. (Format umum)
2. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. (Format umum)
3. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. (Format umum)
4. Jelaskan penyataan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi para pelajar tingkatan satu hingga lima boleh memberikan kesan yang positif kepada pelajar. (Format umum)

Soalan Bahagian B : Rumusan

2002
Petikan tentang teknologi Internet

2003
Petikan tentang usaha meningkatkan sektor pertanian

2004
Petikan tentang sekolah sebagai institusi untuk memupuk perkembangan individu secara menyeluruh

2005
Petikan tentang masalah sosial dalam kalangan remaja dan program yang dilaksanakan untuk mengatasinya.

2006
Petikan yang berkaitan dengan industri pengiklanan.

2007
Petikan tentang sektor pertanian – Potensi dan masa depan.

Soalan Bahagian C : Alih Bentuk Teks

2002
Dialog – Petikan drama
Dialog – Petikan cerpen

2003
Sajak
Iklan

2004
Dialog – Bahan kreatif
Sajak

2005
Prosa klasik
Dialog – Petikan cerpen

2006
Dialog
Iklan

2007
Dialog – Petikan cerpen Kelapa Nan Sebatang
Dialog - Perbualan


Soalan Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa

2002
Kata pemeri, kata sendi nama, ejaan, kata bilangan, binaan ayat pasif, dan ayat tiada subjek.

2003
Kata sendi nama, binaan ayat pasif, kata ganda, kata kerja transitif aktif, dan penjodoh bilangan.

2004
Penjodoh bilangan, ayat tiada subjek, kata hubung pancangan relatif, binaan ayat pasif, kata adjektif dengan imbuhan ‘memper...kan’, dan ejaan.

2005
Kata hubung komplemen, kata pemeri, kata sendi nama ‘di’, binaan ayat pasif diri ketiga, kata nama ‘pada’ dan kata kerja aktif transitif.

2006
Kata hubung pancangan keterangan, ayat aktif transitif, ejaan, penggunaan kata hubung pada awal ayat, ayat majmuk pancangan relatif, dan kata ganda.

2007
Kata hubung pancangan keterangan, kata nafi, kata hubung pancangan keterangan, kata tanya, ayat pasif kata ganti nama pertama, dan kata seru.


Berdasarkan analisis soalan-soalan STPM yang lepas, anda dapat meneliti trend soalan dan membuat jangkaan bagi tahun ini.

Semoga berjaya.

Daripada Cikgu Khir.

4 comments:

Anonymous said...

Cikgu Khir,
Elok kita gunakan istilah karangan yang berformat umum dan karangan yang berformat khusus. Karangan yang berformat umum mempunyai perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan atau penutup. JIka kita meneliti semua bentuk karangan perbincangan, pendapat, huraian dan sebagainya, didapati bahawa karangan ini mempunyai format atau bentuk yang sama. Oleh itu, konsep karangan yang tidak berformat harus digantikan dengan konsep karangan yang berformat umum.

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Cikgu Ghalib,
Yang saya maksudkan tiada format tersebut adalah tiada format khusus.

Asmadi Mat Nawi said...

thnks cikgu:)

Anonymous said...

assalammualaikum
blh tak cikgu bg contoh karangan pada tahun 2002????