Pengikut laman ini

Saturday, March 28, 2009

Bahas Ala Parlimen Guru-guru KPM

Maklumat Baharu tentang Pertandingan Bahas Ala Parlimen Guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia 2009

Saya difahamkan bahawa pada tahun ini, guru-guru yang akan menyertai pertandingan bahas ala parlimen di peringkat zon dan kebangsaan akan diperkenalkan dengan format yang baharu. Kebiasaannya, usul perbahasan akan diberikan kepada pembahas dua minggu sebelum pertandingan tetapi pada tahun ini para pembahas akan diberikan usul satu jam sebelum pertandingan iaitu sebelum masa kuarantin. Isu yang difokuskan untuk pembinaan usul bahas itu nanti ialah Pelan Induk Pembangunan Pedidikan (PIPP). Oleh itu, guru-guru perlu memahami PIPP dengan mendalam dan membuat rujukan yang secukupnya untuk menyiapkan diri dengan pertandingan itu nanti.

Para pembahas juga tidak dibenarkan membawa alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba ke dalam bilik kuarantin. Para pembahas cuma dibenarkan untuk membawa kamus sahaja ke dalam bilik kuarantin.

Saya turut difahamkan bahawa format ini diperkenalkan untuk menguji kebolehan guru-guru untuk berbahas secara spontan dan tidak terikat sangat dengan teks perbahasan yang telah disediakan lebih awal. Sekiranya cara lama dikekalkan, penonton akan mudah berasa bosan kerana para pembahas terlalu mengikut teks atau membaca teks yang telah disediakan lebih awal. Pertandingan seperti ini akan menjadi hambar dan kurang menarik.

Bagi para pembahas yang akan mewakili negeri Selangor, saya ingin mengucapkan selamat berbahas dan pulang dengan kejayaan yang cemerlang untuk meneruskan cabaran dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu pada bulan Mei nanti iaitu bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Buktikan bahawa anda bertiga ialah pembahas yang terbaik di Malaysia.

Daripada; Cikgu Mohd Khir Kassim

1 comment:

rider_frs said...

salam cikgu..

saya merupakan salah seorang urus setia yang membawa peserta bahas ke bilik kuarantin. kebetulan pula pagi tadi saya telah membawa peserta dari selangor. di sini saya cuma nk tambah sikit je pasal bahan yang boleh dibawa semasa di bilik kuarantin. sebenarnya bahan bercetak sahaja yang dibenarkan dibawa masuk termasuk surat khabar,majalah, buku-buku dan sebagainya. hanya laptop @ komputer dan handphone sahaja yang tidak dibenarkan.

akhir sekali, tahniah buat selangor kerana melayakkan diri ke peringkat akhir dan seterusnya menjadi juara bagi peringkat kebangsaan untuk kategori b.Melayu malah salah seorang pesertanya iaitu ketua pembangkang telah menjadi pembahas yang terbaik dalam kategori bahasa Melayu.

tahniah!!