Pengikut laman ini

Friday, October 31, 2014

Soalan Esei : Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu STPM Penggal 1 2014


Negeri Selangor

   1. Kebolehan dan kemahiran mereka cipta sesuatu yang baharu masih perlu dipertingkatkan dalam kalangan rakyat di negara ini bagi memastikan negara mampu mencapai status negara maju. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam memperkembang kebolehan dan kemahiran tersebut.

2.   Krisis bekalan air kerap membelenggu masyarakat di negara ini. Huraikan punca-punca berlakunya krisis ini dan kesan-kesannya.

3.   Budaya makan di restoran makanan ala Barat melambangkan gaya hidup moden dan mewah masyarakat di negara ini. Mengapakah masyarakat kita gemar mengunjungi restoran sedemikian dan apakah kesan negatif yang mungkin dihadapi oleh masyarakat di negara kita akibat isu berkenaan?

Negeri Terengganu

1.   Pelbagai kempen dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu perkara. Namun begitu, ada kempen yang dijalankan itu kurang berjaya mencapai matlamatnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan keberkesanan kempen yang dijalankan itu?

2.   Pertumbuhan institusi pendidikan swasta di negara ini sejak belakangan ini dikatakan menimbulkan berbagai-bagai kesan. Berikan penjelasan anda tentang kesan pertumbuhan institusi pendidikan swasta di negara ini.


3.  Ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian mendatangkan pelbagai kesan kepada rakyat dan negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut?

Monday, September 15, 2014

KEPUTUSAN RAYUAN KE IPTA SESI 2014/2015

Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar SMKBBST (STPM 2013) yang berjaya ke IPTA selepas proses rayuan dilakukan. Walaupun tidak berjaya dalam permohonan yang pertama, anda masih tidak berputus asa dan usaha yang telah anda lakukan itu sudah mendatangkan hasil. Akhirnya anda layak juga ke IPTA kerana usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan semasa belajar di Tingkatan 6 sudah dimakbulkan oleh Allah.


SENARAI PELAJAR SMKBBST YANG BERJAYA KE IPTA SELEPAS PROSES RAYUAN (5 orang pelajar Kemanusiaan)
Bil
NAMA PELAJAR
IPTA
KURSUS

  1.  
MUHAMAD FAIZ RUSYAIDI BIN SHAHIDAN
UniMAP
RA72 - SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU (KEPUJIAN)

  1.  
EMIELIA BINTI ZAINUDDIN
UMK
LA32 - IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NUR FARAH AQILA BINTI YUSOF
UNIMAS
WB03 - IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (LINGUISTIK) DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NURBAITY SHAMIMI BINTI ROSLI
UNIMAS
WA06 - IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (DRAMA DAN TEATER)

  1.  
NUR AMIRAH BINTI MOKHTAR
UMK
LP48 IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN

Thursday, August 28, 2014

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR STPM 2013 YANG BERJAYA KE IPTA

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada 24 orang pelajar STPM 2013 SMK.BBST yang berjaya ke IPTA pada tahun ini. Segala usaha yang telah anda lakukan sebelum ini sudah mendatangkan hasil yang diharapkan. Anda semua memang layak ke IPTA kerana usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan semasa belajar di Tingkatan 6. Kumpulan anda juga merupakan kumpulan pertama sistem baharu STPM diperkenalkan iaitu sistem modular yang menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang kepada sekolah.

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMKBBST TAHUN 2013 YANG BERJAYA KE IPTA (24 daripada 48 orang pelajar Kemanusiaan)
                                                                                                                                                                                           
Bil
NAMA PELAJAR
IPTA
KURSUS

  1.  
MOHAMAD HAFIY JAZLI BIN ZAHARI
UMS
PEMASARAN ANTARABANGSA

  1.  
MUHAMMAD SYAFIQ AZANI BIN JAMIL
UUM
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN

  1.  
AINE MAIZATUL BINTI MOHD KHUZAINI
UITM
SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA MELAYU UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

  1.  
FATIN IZZATI BT KAMSANI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (SAINS POLITIK)

  1.  
NOR FARIHIN BTE BIDIN
UMK
 IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NUR AMALINA LIYANA BINTI MOHD ALI
UM
SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

  1.  
NURNADIRAH BINTI ABU HASSAN ZAHRI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN

  1.  
VASUKHI RAMALI
UPM
BACELOR KOMUNIKASI

  1.  
ZALIKHA  IRDINA BT AZWA
USM
SAINS KEMASYARAKATAN

  1.  
EZURAIN ESQANDAR BIN MOHD EKHWAN
USM
KOMUNIKASI

  1.  
MOHD AZRIN BIN  SALLEH
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)

  1.  
MOHAMAD KHAIRIL AMIN BIN MOHD YUNUS
UM
SARJANA MUDA SASTERA (PENGAJIAN ASIA TENGGARA)

  1.  
MUHAMAD HELMIE MOHD JEFFERI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN

  1.  
IMMAZAITUL NUR AIM BT NAIM
UPSI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) DENGAN KEPUJIAN 

  1.  
NOOR SHAHIRAH BINTI MOHAMAD RODZI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (LINGUISTIK)

  1.  
NUR AMALINA BT DAMANHURI
UITM
SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA (KEPUJIAN) # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

  1.  
NUR AZIMAH BTE AHAMMAD
UM
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (BAHASA MELAYU)

  1.  
NUR FATIHAH BINTI JAAFAR
UNIMAS
 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS KOGNITIF)

  1.  
NUR HANNANI BINTI MOHAMAD RAZALI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL BASIR
UM
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (SOSIO-BUDAYA MELAYU)

  1.  
NURUL NAZIRA BINTI ZULKIFLI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN BAHASA INGGERIS)

  1.  
NUR SYADZA BINTI DZULKIFLI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (LINGUISTIK)

  1.  
SITI MAISARAH BINTI SHAHARUM
UNIMAS
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI)

  1.  
WAN JAZMINA ZAKIRAH BT JAMIL
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)



Saturday, May 10, 2014

Analisis Kesalahan Bahasa – STPM Penggal 2

Perkara yang Perlu Diberikan Perhatian Semasa Menjawab Soalan
A. Kesalahan Sintaksis
1. Baca setiap ayat dengan teliti dan pastikan ayat itu tidak tergantung iaitu tiada subjek atau predikat.
2. Cari kesalahan lain seperti kesalahan frasa kerja pasif kerana masih ada calon STPM yang tidak dapat membezakan frasa kerja pasif bagi kata ganti nama diri pertama dan kedua, serta kata ganti nama diri ketiga.
3. Calon perlu memastikan tiada kata tanya dalam ayat penyata.

B. Kesalahan Morfologi
1. Teliti penggunaan perkataan iaitu pemilihan kata (diksi) yang terdapat dalam petikan. Pastikan perkataan itu sesuai mengikut maksud dan penggunaannya dalam ayat tersebut. 2. Pastikan setiap kata kerja yang digunakan dalam petikan mematuhi rumus tatabahasa terutamanya kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
3. Calon perlu berhati-hati dengan penanda wacana yang digunakan dalam ayat kerana ada calon STPM yang keliru untuk membezakannya dengan kata hubung.
4. Calon juga perlu meneliti kesalahan lain sekiranya ada seperti kesalahan penggunaan kata jamak, kata majmuk, kata sendi nama, kata bantu, kata penguat, kata seru, hukum D-M, dan imbuhan.

C. Kesalahan Aspek Mekanis
1. Pastikan ejaan bagi setiap perkataan dalam petikan itu dieja dengan betul iaitu mengikut ejaan bahasa Melayu baku (standard).
2. Calon perlu berhati-hati terhadap tanda baca yang digunakan dalam petikan, mungkin ada tanda baca yang salah.

D. Aspek Teknikal
1. Calon STPM boleh mengemukakan tiga kesalahan bahasa sahaja dengan alasan dan pembetulannya.  Jawapan yang selebihnya tidak akan disemak.

Soalan Latihan
Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.  Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.                        [9]

Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minima yang agak rendah berbanding dengan bulan-bulan lain. Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di Pantai Timur dan di utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang. Angin ini berpunca dari negara China yang ketika ini sedang mengalami cuaca sejuk. Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini merendahkan lagi suhu pada waktu malam dan awal pagi. Berdasarkan keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga minggu hadapan.


Bil.
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan






































Jawapan cadangan
Bil
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan
1.
… minima
Kesalahan ejaan yang tidak baku
… minimum
2.
… adalah disebabkan oleh.
Kesalahan penggunaan kata pemeri adalah. Kata pemeri adalah digunakan untuk memerihalkan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
… disebabkan oleh.
3.
… merendahkan lagi suhu ...
Kesalahan penggunaan kata kerja aktif transitif  yang tidak diikuti oleh objek atau penyambut yang sepatutnya terdiri daripada kata nama. Kata lagi bukannya kata nama tetapi kata adverba.
… merendahkan suhu lagi.