Pengikut laman ini

Wednesday, March 11, 2009

Tahniah Kepada Calon-calon STPM 2008

Kepada semua calon STPM SMKBBST 2008.

Cikgu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM SMKBBST tahun 2008 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Selasa lepas. Tahniah juga cikgu ucapkan kepada 2 orang murid cemerlang yang memperoleh 4 Prinsipal A iaitu Zafirah dan Chin York Chow. Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa. Cikgu bersyukur kerana pencapaian yang telah ditunjukkan oleh semua calon STPM 2008 ini telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Sepang. Semua guru dan pentadbir berasa bangga atas kejayaan anda semua dan berazam untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kecemerlangan STPM pada tahun ini pula. Kejayaan yag anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.

Sekalung tahniah kepada 8 orang murid yang telah memperoleh Prinsipal A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (9 orang murid memperoleh A bagi Kertas 2). Peningkatan ini sangat membanggakan cikgu, kerana jika dibandingkan pada tahun 2007, cuma dua orang sahaja murid yang mendapat Prinsipal A. Tahun 2008 juga menunjukkan bahawa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Pengajian Am telah mencapai tahap cemerlang iaitu 100% lulus berbanding dengan 80% lulus pada tahun 2007. Hal ini bermakna, semua murid lulus dengan sekurang-kurangnya memperoleh Prinsipal C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Pengajian Am. Usaha anda selama ini akhirnya mendapat hasil yang amat membanggakan semua warga SMKBBST. Anda telah membuktikan bahawa anda memang layak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang ini.

Tahniah juga saya ucapkan kepada 9 orang murid yang menerima pelawaan untuk melanjutkan pengajian di USM (Universiti APEX) iaitu universiti yang juga menjadi tempat cikgu menimba ilmu pengetahuan sebelum menjadi seorang guru. Impian anda sebelum ini akhirnya benar-benar menjadi kenyataan, seperti yang selalu cikgu katakan di dalam kelas. Cikgu ingin menasihatkan agar semuanya menguatkan azam dan meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang semasa berada di universiti yang telah diumumkan sebagai universiti APEX ini pada tahun lepas. Oleh itu, janganlah sia-siakan peluang yang telah diberikan kepada anda ini.

Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Bagi 4 orang murid lagi yang masih belum mendapat tawaran daripada mana-mana universiti, janganlah berasa kecewa, cikgu doakan agar anda juga akan memperoleh tawaran yang sama daripada universiti-universiti yang lain. Insya-Allah, semuanya akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti lain di negara kita ini.

Daripada; Cikgu Mohd Khir Kassim

4 comments:

Anonymous said...

tahniah ats kejayaan semua pljr T6 ats 2008....
kejyaan ini menjadi azam utk sy menjadi lbh baik w/pun msh lg ada prasaan tkt yg terbuku dlm hati ini...
namun,akan sy atsinya agr sy setanding dgn mereka..

hajarzaliha said...

dgn adanya kjyaan diaorg..
insyaalah aja usha utk ag berjya dwi diaorg..
cjgu doakn ye...

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak murid saya terutamanya calon STPM dan SPM tahu ini.

audina said...

cikgu, terima kasih. saya lepasan stpm 2008 yang dpt pointer 4.00 untuk kertas bm. sya selalu baca nota-nota dan panduan yang cikgu post dkt blog nie. cikgu pernah emailkan saya kaedah jawab soalan alih bahasa. terima kasih ye cikgu... :)

( wlupun sya dkt sabah, tak pernah jumpa cikgu, tp sya gembira dpt panduan dr cikgu.)