Pengikut laman ini

Thursday, October 7, 2010

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat

Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

     Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

     Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

     Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

     Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.


13 comments:

dr.ika said...

salam..saya berpendapat karangan ini bagus tetapi masih ada wacana yang boleh dimasukkan.. setiap perenggan sewajarnya mengandungi 11 perkara iaitu,
1.apa
2.mengapa
3.bagaimana
4.siapa
5.di mana
6.bila
7.contoh
8.peribahasa
9.huraian peribahasa
10.akibat yang terjadi sekiranya tiada 'apa'
11.penegasan isi

selain itu,isi perlulah dipecahkan mengikut institusi seperti individu,keluarga,sekolah,masyarakat,kerajaan dan global...

isi boleh juga dipecahkan mengikut aspek sperti ekonomi,politik, sosial,pendidikan dan lain-lain..

kesemua perkara di atas perlu disesuaikan mengikut jenis karangan.. semoga semua berjaya dalam spm dan mendapat kejayaan yang semakin mendekatkan diri kita dengan ALLAH..
Wasalam..

Sir Henry said...

for whom interested to buy spot question spm 2010 for all subject,plz contact sir henry 0195938108.tq

RiZ said...

salam... saya rasa karangan yang diberi bagus.... isi yang diberi biasa tapi lengkap.... saya suka membaca karangan nie... kalau diikutkan soalan menyuruh kita memberi lebih perhatian terhadap individu.... berdasarkan contoh karangan yang diberi memang sesuai untuk panduan semua pelajar terutamanya pelajar spm pada thun ini... ini pesanan saya kepada semua calon yang bakal menduduki perperiksaan spm pada thun ini... jawap peperiksaan dengan tenang dan yakin pada diri sendiri dengan karangan yang anda tulis.... sekian... terima kasih... w'salam... daripada calon spm pada tahun ini [RIZ] Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator,Ipoh Perak....

Anonymous said...

slm...teima kasih...
tetapi saya rasa pendahuluan bg krgn ini ada memasukkan isi krgn...
saya rasa la..
btw..overall best....
doakan saya ye spya dpt jwb dgn tenang...amin.
~calon spm sg.kerts~

Anonymous said...

terima kasih cikgu kerana memang betul jangkaan cikgu bagi bahagian A. Daripada Suren (suren_jay93@hotmail.com)

Anonymous said...

Terima kasih cikgu. jangkaan cikgu memang tepat..

Anonymous said...

Terima kasih cikgu ^0^

ila said...

teriam kasih cikgu.
saya hargainya

Anonymous said...

saya rasa cigu dah sentuh isi dalam pendahuluan dengan menyebut aktiviti senaman.

amirul hakim said...

salam... saya rasa karangan yang diberi bagus krna cigu ku sruh buat karangan ini jdi sye copy and paste je lar

Anonymous said...

hahahaha kena buat karangan tajukk nihh so copyy je laa hahahahahahahahah

Anonymous said...

okla senang utk d faham dan ada peribahasa yang sesuai....

Anonymous said...

Karangan amat menarik. Terima kasih :)