Pengikut laman ini

Wednesday, April 14, 2010

Nilai dalam Novel Melunas Rindu

Nilai yang dimaksudkan ialah nilai murni atau nilai kemanusiaan. Setiap pengarang akan menerapkan nilai-nilai murni atau nilai-nilai kemanusiaan dalam ceritanya. Nilai murni ini biasanya merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang baik dan murni serta boleh dijadikan ikutan atau teladan oleh pembaca. Secara umumnya, nilai-nilai murni tersebut bersifat universal dan dapat diterima oleh semua orang di dunia ini tanpa mengira batasan geografi, kaum, bangsa dan agama.

Kasih sayang
Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana. (Rujuk halaman 201)

Ketabahan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya. (Rujuk halaman 192)

Tolong-menolong
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman 89)

Kerajinan
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman 23)

Hormat-menghormati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk halaman 84)

Taat akan agama
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan solat qasar. (Rujuk halaman 81)

Murah hati
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru lain di sekolahnya. (Rujuk halaman 55)

Meminta maaf
Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang ingin memohon maaf kepada Mariana iaitu emak kandung Fuad. (Rujuk halaman 169)

Menepati janji
Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang menepati janjinya iaitu dia pergi ke rumah emak Farhana selepas sembahyang Maghrib di surau hospital untuk memastikan adik-adik Farhana dalam keadaan baik dan terurus. (Rujuk halaman 188)

Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim

4 comments:

Maklin Masiau said...

Salam hormat, maaf mengganggu.
Pihak SMK Pitas, Sabah memohon khidmat cikgu menjadi penceramah dlm seminar SKOR A STPM (Bahasa Melayu) pada 24 September 2010. Tiket, makan dan penginapan akan kami sediakan. Mohon kesudian dan kepastian untuk kami kirim surat rasmi.

Maklin Masiau
PK Tg.6, SMK Pitas
019-8325591

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Salam hormat juga kepada Cikgu Maklin Masiau. Terima kasih atas jemputan itu. Secara dasarnya ok, saya setuju tetapi SMK. Pitas tu di mana?

Sekian, terima kasih.

Maklin Masiau said...

salam hormat,
SMK Pitas tu terletak di utara Sabah tapi seminar tu kami adakan di Kota Kinabalu (jarak sekita 180km) bagi memudahkan ketibaan dan pengangkutan para penceramah.kalau begitu saya akan kirim surat secepatnya. kalau boleh, mohon cikgu sms no hp cgu ke hp saya utk memudahkan komunikasi kita.tq bnyk2 cikgu

Maklin Masiau : 019-8325591

lau said...

terima kasih cikgu kerana nota kamu senang dihafal