Pengikut laman ini

Saturday, April 17, 2010

Buku Ulasan Komsas Terbaharu 2010



Buku-buku ulasan Komsas saya yang terbaharu telah diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn. Bhd. Buku-buku tersebut sudah berada di pasaran sejak 10 April yang lalu. Buku-buku tersebut terlewat diterbitkan oleh sebab masalah teknikal.

Buku Komsas tersebut adalah untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Buku ulasan Komsas Tingkatan 4 (Antologi Harga Remaja dan Novel Melunas Rindu) untuk zon Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan itu saya hasilkan bersama-sama dengan Dr. Lim Swee Tin dan Mumtaz Abd. Aziz.

Bagi ulasan Komsas Tingkatan 1 (Antologi Kasut Kelopak Jantung dan Novel Sukar Membawa Tuah) untuk zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, dan Negeri Sembilan, saya hasilkan bersama-sama dengan Cikgu Alias Muda dan Tn. Hj. Zakaria Perngis. Saya juga telah menghasilkan buku ulasan Antologi Kasut Kelopak Jantung untuk zon-zon yang lain bersama-sama dengan Cikgu Alias Muda dan Cikgu Alias Ismail.

Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim 

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah, banyak buku baharu nampaknya. Selamat maju jaya. Dr. Ghazali Latah

Mohd Khir Kassim said...

Tahniah juga kepada Dr. Ghazali kerana karya cerpen yang terbaharu keluar dalam Mingguan Malaysia minggu lepas. Teruskan berkarya.