Pengikut laman ini

Monday, March 22, 2010

Peratus SPM 2009 Kekal

Tahniah kepada semua pelajar SPM SMKBBST tahun 2009. Anda telah berjaya mengekalkan peratus kelulusan iaitu berada pada paras 98% ke atas. Peratus yang diperoleh pada tahun lepas ialah 98.3% iaitu kurang 0.3% berbanding dengan tahun 2008. Kualiti yang mendapat A juga telah meningkat iaitu 74 orang (A+), 34 orang (A) dan 45 orang (A-).

Tahniah juga saya tujukan khususnya kepada pelajar-pelajar 5KM yang saya ajar pada tahun lepas. Walaupun saya mengambil alih kelas ini mulai Jun 2009, anda telah menunjukkan kesungguhan untuk membuat latihan dan seterusnya terbukti anda telah mencapai kejayaan dengan cemerlang. Jumlah pelajar kelas 5KM yang mendapat A adalah seramai 9 orang iaitu 2 orang (A) dan 7 orang (A-). Walau bagaimanapun, terdapat 2 orang pelajar yang gagal bagi kelas 5KM. Kedua-dua orang pelajar ini memang terlalu kerap ponteng sekolah dan tidak suka dibimbing oleh guru yang bersedia untuk membimbing mereka. Selain itu, dua orang pelajar lagi yang gagal ialah dari kelas 5PD (1 orang) dan Pendidikan Khas (1 orang).
Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

2 comments:

miss nadianita said...

tahniah ckg krn berjaya membantu meningkatkan prestasi pelajar 5KM dlm mata pelajaran BM.

Mohd Khir Kassim said...

Terima kasih Nadia, saya sedia membantu pelajar selagi yang termampu. Semoga Nadia berjaya dengan cemerlang di IPT nanti. Insya-Allah.