Pengikut laman ini

Monday, March 8, 2010

Karangan Format Pidato SPM - Memartabatkan Bahasa Melayu


Soalan:

Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Tajuk pidato itu ialah "Memartabatkan Bahasa Melayu".

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.


Teks Pidato Contoh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula, bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan, sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

115 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu dan saya akan mengubahnya sedikit.
Harap maklum

Mohd Khir Kassim said...

Waalaikumussalam. saya benarkan untuk diubah suai. Sepatutnya karangan orang lain dijadikan contoh atau panduan sahaja dan kita sendiri perlu mengubahsuainya untuk memastikan proses belajar itu berlaku. Satu perkara lagi, untuk lebih sopan sila perkenalkan diri.
Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum....
saya nurhidayah dari IPGK Johor Bahru. saya minta izin menggunakan karangan cikgu sebagai sumber rujukan saya untuk membuat karangan pidato Bahasa Melayu Komunikasi (BMK).
Terima kasih...

Anonymous said...

Assalamualaikum
saya ain dr IPG KKB minta izin untuk menggunakan karangan cikgu sbagai panduan untuk kelas Teras Bahasa Melayu. terima kasih :)

Anonymous said...

salam.....
saya nurul iman juga mohon izin utk copy karangan tuan bg rujukan saya ...

farhah-nur-wavesandiamond- said...

salam cikgu.
saya nur ingin meminta kebenaran mengambil karangan cikgu utuk dijadikan panduan. terima kasih.

MiN said...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya ingin memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sebagai rujukan. Terima kasih.-Yasmin IPGKDRI

Anonymous said...

salam...saya siti aisyah dri IPGKTHO ingin memohon kebenaran cikgu untuk ambil karangan cikgu sebagai bahan rujukan untuk kerja kursus bmk...terima kasih

cikgu latifah said...

Assalammualaikum... cikgu, saya minta kebenaran untuk mengambil karangan ini untuk p&p bahasa Melayu saya - cikgu latifah.

cikgu latifah said...

Assalammualaikum cikgu, saya minta kebenaran untuk menggunakan karangan cikgu untuk tujuan p&p saya. terima kasih- cikgu latifah

Anonymous said...

assalamualaikum, cikgu...
saya memohon kebenaran cikgu untuk mengambil karangan cikgu dan juga mengubahnya sedikit...terima kasih cikgu... karangan cikgu sangat membantu... selamat hari raya!=)
harap maklum...

Anonymous said...

cikgu saya ingin memohon kebenaran dari cikgu untuk copy karangan ini untuk rujukan saya. terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikumm...
saya ingin memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sbg rujukan.. terima ksih:)

Anonymous said...

Asalamualaikaum cikgu...
Saya Ramlee Wahab -KPTM- Batu Pahat, mohon menggunakan pidato cikgu untuk buat latihan dan 'audition' untuk pertandingan di kolej.
Kerjasama dan jasa cikgu amat saya hargai dan sanjung tinggi.

Anonymous said...

salam. saya nak mintak izin untuk guna karangan cikgu untuk pertandingan pidato diraja tganu. thanks :))

Anonymous said...

selamat petang cikgu, saya marsiolena dari sekolah menengah perempuan meminta kebenaran dari cikgu untuk menyalin karangan cikgu untuk panduan saya. terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum,,,
sy minta kebenaran cikgu untuk guna piadto ini sebagai panduan untuk karangan pidato saya...
-lela dri Ipg kdri

Nurman said...

Terima kasih cikgu kerana banyak berikan maklumat yang menarik buat kami.
Teruskan usaha cikgu dalam membimbing kami memahirkan diri berbahasa melayu.
Saya juga ingin minta izin untuk jadikan karangan2 cikgu sebagai rujukan.
-RAHMAN KUIS-

Anonymous said...

Assalamua'laikum..saya Nadia dari Gombak..Saya mohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sebagai panduan dan tambahan untuk karangan yang hampir saya siapkan..terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum.
saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu dan saya berjanji akan mengubah suai dan bukan sekadar ' copy paste ' sahaja. terima kasih.
harap maklum.

Anonymous said...

Assalammualaikum
saya nina dr jb, saya minta izin dr cikgu utk menjadikan karangan pidato cikgu sebagai contoh dalam kelas pengucapan saya..
sekian, terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya Azreen, ingin meminta kebenaran untuk mengamambil karangan cikgu untuk dijadikan panduan..
Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum, saya NUR memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu bagi membuat rujukan karangan bahasa malaysia saya

Anonymous said...

asalamualaikum

saya memohon kebenaran untuk copy karangan pidato cikgu untuk pertandingan

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya Liza dari sabah,
saya mohon izin menjadikan karangan Cikgu sebagai panduan. Terima kasih

Ashaari said...

Assalamualaikum cikgu..saya ashaari dari Ranau sabah memohon kebenaran untuk mengambil teks karangan cikgu dan saya akan mengubahnya dengan sebaik mungkin..terima kasih cikgu..harap maklum

farrahanny said...

assalamualaikum...saya faryhah drp IPGM ipoh..mohon kebenaran utk copy karangan cikgu sbgai rujukan saya dlm menyediakan teks pidato...terima kasih...

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya, Nur Liyana ingin mengambil karangan cikgu untuk dijadikan panduan.

Anonymous said...

saya ingin meminta izin cikgu untuk menggunakan teks ini bagi pemilihan pertandingan pidato

Anonymous said...

assalam.
saya wani, pelajar universiti memohon nak amik wat contoh.

Anonymous said...

assalamualaikum .
saya ira dpd kuala lumpur juga ingin meminta izin untuk mengambil karangan cikgu untuk dibuat rujukan .
terima kasih :)

Anonymous said...

assalammualaikum,,,,,cikgu,,,,,,syer harap...cikgu izinkan syer,,,,utk menggunakan teks pidato cikgu ni,,,kerana,,,tidak lama lagi,saya akan menyertai pertandingan pidato di MRSM Tumpat,,,,syer berharap cikgu benarkan,,,terima kasih cikgu,,,syer juga akn mngubah sdikit drp...pidato cikgu ini,,,,,terima kasih skali lagi cikgu,,,

Anonymous said...

salam..mohon menjadikan karangan cikgu sebagai contoh pidato untuk pelajar saya yg bakal menyertai pertandingan pidato pada bulan mei nnti..
terima kasih
wassalam... nurul

NiSha BerrY said...

assalamualaikum .. saya zalika nisha .. dari bentong,pahang .. memohon untuk mengambil serta ingin mengubah suai sedikit isi2 di dalam karangan ini ..

Anonymous said...

salam

ckgu saya harap ckgu mberi kbenaranutk sy mgolah kmbali pidato cikgu ini...untuk tujuan rujukan sahaja
sekian terima ksaih
budi bicara mu amat ku pohoni,,,

darp:firo

Ummu Hani said...

Assalamualaikum cg..sy mohon kebenaran untuk ambil karangan cikgu dan ubahsuai sedikit,harap maklum..
ainaa athirah

jamielah said...

Assalamualaikum Cikgu..
saya mohon kebenaran ambil teks pidato cikgu...terima kasih

Anonymous said...

salam cikgu.
saya Anwar ingin meminta kebenaran cikgu mengambil karangan ini untuk dijadikan panduan.
terima kasih.

althafunisa said...

assalamualaikum ckgu...
saya seperti yang lain2 juga ingin memohon kebenaran cikgu untuk menjadikan karangan ini sebagai rujukan...
terima kasih cikgu =)


- aqilah ipt

Anonymous said...

Assalamualaikum ,
saya syakira dr kl . saya ingin mengambil karangan cikgu untuk
dijadikan contoh ya cikgu , terima kasih banyak-banyak :)

Anonymous said...

salam.. ckgu,sye Nurdiyananak minta izin ckgu untuk guna karangan cikgu untuk pertandingan pidato. thanks :))

Anonymous said...

assalamualaikum ckg
saya pelatih IPG ipoh ingin meminta keizinan ckgu utk menggunakan cth karangan ini sebagai rujukan untuk subjek bahasa melayu..
terima kasih

Cancer Girl said...
This comment has been removed by the author.
Cancer Girl said...

Assalamualaikum
saya nak meminta tunjuk ajar cikgu, kalau pidato saya adalah hari guru yang bertemakan "Pendidikan ke Arah Kesejahteraan Insan", apakah cadangan isi yang boleh dimasukan?
cikgu, tolong beri sedikit panduan. terima kasih~

RusHy said...

slm cikgu.mohon kebenaran utk mengmbil karangan pidato ini untuk dijadikan rujukan saya dlm menyiapkan tugasan Bm.Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..saya Sharifah Rodziah memohon izin cikgu utk menggunakan contoh teks ini untuk memambahbaik teks pidato yang saya sedang siapkan...trm ksh dan moga Allah rahmati cikgu..

Anonymous said...

mhon share utk cntoh pnduan sy ckgu

hidayah said...

salam, sy dr ipgkkb nk minta izin guna karangan cikgu sebagai rujukan bg tugasan BMK sy..:)

Bulan said...

assalammualaikum..
saya shahrul dari IPGKKB memohon izin untuk menggunakan karangan cikgu untuk tugasan BMK saya...

amy roshaida said...

Salam cikgu...saya amy daripada IPG Kampus Keningau..saya ingin memohon kebenaran cikgu untuk menggunakan teks pidato ini untuk tugasan BM saya...harap cikgu membenarkannya..terima kasih...

mimi miekay said...

asaalamualaikum...saya pelajar Bac.Pendidikan Moral,UPM Kampus Serdang memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu untuk dijadikan rujukan....
terima kasih

RESTORAN TANJONG RAYA said...

Saya memohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu utk rujukan saya.

Anonymous said...

assalamualaikium cikgu izinkan saya mengambil bahan cikgu untuk di jadikan karangan contoh..kerana tjuk ini merupakan soalan tundingan spm 2011

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. saya nurul, memohon kebenaran cikgu unyuk mengambil karangan cikgu untuk projek pembelajaran saya. terima kasih cikgu

Anonymous said...

assalamuaikum
saya memohon kebenaran untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan....
jasa cikgu akan ku kenang....

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu ..saya memohon kebenaran daripada cikgu untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan ..terima kasih ..

ZAINUDIN BIN MAMAT said...

assalamualaikum cikgu ..saya memohon kebenaran daripada cikgu untuk menjadikan karangan cikgu sebagai rujukan ..terima kasih .

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya Zaiton dari IPGK, Bangi. Saya mohon ambil karangan cikgu sebagai sumber untk subjek Bahasa Melayu..terima kasih..

abqariyyahma said...

Assalamu `alaikum cikgu. saya aqma dari ipg kpi, bangi mohon izin untuk jadikan karangan cikgu sbagai antara bahan rujukan kerja khusus saya.
Moga segala urusan ckgu dpermudahkanNYA sbgaimana ckgu mmudahkan urusan org lain =)
Jazakallaha khairal jaza'..

Wanieze said...

assalamualaikum cikgu .

sy memohon kebenaran untk ambk krgn cikgu sbgai rujukan sy . :)

Anonymous said...

Salam cikguu , saya Nurul Atiqah .izinkan saya menjadikan karangan cikgu sebagai sumber bacaan dan panduan di dalam kelas.

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya wan dari ipg kampus darulaman ingin meminta jasa baik cikgu untuk memberikan contoh pidato yg bertajuk guru penjana tranformasi negara untuk panduan dan rujukan saya..kalau tak keberatan ini email saya.....ewann76@yahoo.com.terima kasih

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu, semoga cikgu sentiasa diberkati dan dirahmati allah.
Bolehkah cikgu berikan sedikit panduan kritiria penulisan pidato yang terbaik.
Dan ciri - ciri teks pembukaan yang menarik.

viosmania76 said...

salam...saya aslinda dari segamat..mohon bantuan ckgu sekiranya dapat uplodkn contoh pidato bertemakan guru sekiranya ada.trima ksih...

Anonymous said...

salam....
cikgu sy ingin memohon untuk mengambil karangan ini sebagai panduan..sy ahmad dr segamat

anis said...

assalamualaikum...sya minta izin cikgu untuk guna karangan cikgu buat rujukan sya...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu, mohon beri kebenaran untuk mengambil teks pidato ini untuk dijadikan bahan kajian saya untuk subjek bahasa melayu kontekstual. terima kasih. - mastura/ IPG keningau.

z-hah said...

salam , mohon share ye cikgu , wasalam

Anonymous said...

assalamualaikum,mohon
kebenaran untuk mengambil karangan ini sebagai rujukan. terima kasih, lidia/ipg keningau

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan karangan ini sebagai contoh dan panduan saya.didahului dgn ucapan terima kasih

syairahmohdnoor said...

Assalamualaikum. mohon cikgu benarkan saya ambil pidato di atas sebagai lisan.

Anonymous said...

yo bro!! wa ade kerja psl usaha memartabatkan bahasa melayu. wa nak amek lu punya isi-isi karangan sket taw!! thanks bro!!!

Anonymous said...

Assalam cikgu. saya Nurul dari Pagoh, Muar, Johor mohon izin daripada cikgu untuk gunakan teks pidato sebagai bahan rujukan. Terima kasih.

Anonymous said...

slamat pgi...cgu,sya ingin mmnta kbnaran drpda cgu untuk mnggunakn teks tersebut sbgai bhan rujukn dn sya akn mngubahsuai nya sdikit...trima kasih cgu..

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya mustaqim dr SMKA Falahiah,
saya baca krangan ckgu sgguh mnarik..
oleh itu,, sya igin meminta ckgu bolehkah ckgu kongsi ng sya klu2 ad contoh teks pidato yg brkaitan dngn pnddikan(patriotisme)..sbb,,sya akn menyertai prtndingan pidato akn dtg ni..
terima kasih ckgu.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...
Saya cikgu Zuraidi dari SK Danau Perdana KL.Saya mohon kebenaran untuk mengambil isi karangan cikgu untuk di jadikan rujukan untuk melatih murid saya berpidato. Terima kasih.

Anonymous said...

assalam.. mohon kebenaran untuk menjadikan karangan ini sebagai panduan saya.

-muzzamir

Anonymous said...

salam...saya c.then moli dari IPGKTHO ingin memohon kebenaran cikgu untuk ambil karangan cikgu sebagai contoh teks pidato untuk bmk...terima kasih

Anonymous said...

salam .. mohon cikgu benarkan saya untuk menggunakan teks pidato ni :)

Anonymous said...

salam .. mohon cikgu benarkan saya untuk menggunakan teks pidato ni :)

basyirahsheikh said...

sy mohon kebenaran untuk ambil karangan cikgu dan ubahsuai sedikit,

Anonymous said...

slm ckgu.. mohon izin ckgu nk amek tex ckgu ntok rujukan.. trima kaseh

Unknown said...

salam cikgu. saya mohon izin untuk ambil karangan cikgu sebagai panduan dan contoh kepada pelajar saya. terima kasih cikgu...

Anonymous said...

salam cikgu.. saya minta izin untuk karangan cikgu digunakan sebagai contoh pada pelajar saya. terima kasih cikgu..

Pretty Elka said...

Selamat sejahtera, cikgu. Saya Elka dari IPGK Keningau, ingin memohon kebenaran untuk menggunakan karangan cikgu sebagai panduan untuk membuat karangan pidato Bahasa Melayu Komunikatif (BMK). Terima kasih, cikgu.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu ,
Saya fiza dari USM , mohon izin untuk mengambil sedikit bahan disini untuk tugasan saya.
Terima Kasih.

Anonymous said...

Assalamualaykum, cikgu.
Saya Sukri dari Palembang- Sumsel-Id.
Mohon izin share dan mengubahnya kedalam bahasa Indon. Ditnggu postng slnjtny dlm tema yg sama.Tks

Mimi said...

Assalamualaikum cikgu, saya Syamimi daripada SMK Convent Jalan Peel ingin memetik pidato cikgu untuk dibuat rujukan sekolah saya. Terima kasih :)

Pena Berkias said...

Salam cikgu, saya juga mohon izin untuk contoh berpidato anak-anak murid saya..terima kasih-Liza Isma

Liza Isma said...

Salam cikgu, saya juga mohon izin untuk contoh berpidato anak-anak murid saya..terima kasih-Liza Isma

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya memohon untuk menggunakan pidato cikgu untuk contoh kepada anak murid saya..
terima kasih.
fara2013...

ndzrhaa said...

assalamualaikum cikgu. saya nadzirah bekas pra-u smk bbst memohon kebenaran untuk mengambil teks pidato dan mengubahsuai sedikit untuk pertandingan pidato. terima kasis cikgu.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,saya ingin minta kebenaran daripada cikgu untuk dijadikan bahan rujukan untuk ujian lisan di sekolah.-Rozana, Sm Perempuan Kota Kinabalu.

Anonymous said...

salam. saya shafeiq dr sabah mohon untuk dijadikan bahan rujukan untk membuat teks pidato.

Nurekaheida said...

Assalamualaikum cikgu.. Saya nak minta kebenaran nak ambil karangan cikgu sebagai rujukan.. Boleh kan cikgu?

Daniel Dahiyah Firdaus said...

Assalamualaikum cikgu, ini kali pertama saya mengajar bm yg mana opsyen saya matematik dan diamanahkan membimbing pidato. saya mohon izin pihak tuan untuk mengambil pidato tuan dan saya akan meminta suami saya seorang guru bm untuk mengubahsuainy.
saya dahulukan kerjasama pihak tuan dengan jutaan terima kasih.
sekian terima kasih

cikgu Eda

Anonymous said...

assalamualaikum saya fareez haziq mohon untuk mengambil skrip pidato ini sebagai bahan rujukan dalam peringkat daerah ini

Anonymous said...

salam. saya zuraidah. mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan

Anonymous said...

Salam .. Minta izin saya ambil isi isi untuk karangan saya .. Saya dar smk ibrahim fikri kuala terengganu :)

Anonymous said...

Assalamualaikum.. cikgu sy memohon kbnran untuk menjdikan karangan cikgu sbgai rujukan dan sumber ilham saya. terima kasih - Zul- UNIMAS, CLS (PBM 2022 Bahasa Melayu)

Anonymous said...

Cikgu,saya memohon untuk menjadikan karangan cikgu sebagai contoh.Boleh tak?

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Mohd Khir Kassim, Saya Danish Diani, mohon teks cikgu dimanfaatkan untuk dijadikan rujukan. Terima Kasih

I Love Allah said...

Assalamualaikum..minta keizinan untuk menggunakan karangan ini sebagai rujukan..

Anonymous said...

assalamualaikum... saya Siti, minta izin utk jadikan karangan ini sbg sumber rujukan saya.. terima kasih..

Anonymous said...

mohon copy untuk rujukan saya . terima kasih. juana

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.

SAYA HAZIMAH. 21 tahun. dari kelantan. kini belajar di Kirkby International College , Cyberjaya. TESL IPG ambilan 2011.

isi entry ini adalah bersesuaian untuk tajuk tugasan saya iaitu memartabatkan bahasa melayu utk bersaing dgn bahasa2 lain..

saya nak minta kebenaran utk mengambil beberapa idea bernas dalam entry ni.

terima kasih..
:)

Anonymous said...

Selamat sejahtera, cikgu. Saya yaasmiin dari smk chan wa seremban, ingin memohon kebenaran untuk menggunakan karangan cikgu sebagai panduan untuk membuat karangan pidato Bahasa Melayu. Terima kasih, cikgu.

Sarah Syafiqah said...

assalamualaikum cikgu. saya sarah syafiqah binti daud (Tingkatan 4)dari smk taman kluang barat, kluang johor ingin menggunakan teks pidato tuan sebagai bahan rujukan di sekolah. terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu...
saya mohon kebenaran untuk mengambil karangan cikgu sbgai sumber rujukan..
terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,saya Irfan Syakirin daripada mrsm terendak Melaka, saya ingin meminta izin untuk.menggunakan teks ini dan mengubah ia sedikit untuk kerja sekolah saya

wan sha said...

assalamualaikum
saya syahidah pelajar tingkatan 6.saya minta izin utk jadikan panduan bg PBS bahasa melayu.

Anonymous said...

salam..
saya sakinah. Minta izin untuk di copy sbagai rujukan. sekian terima kasih :)

Anonymous said...

Salam...
saya nur atikah, saya memohon untuk mengambil karangan cikgu bertujuan proses ULBS saya. Pengertian cikgu sangat saya harapkan.

Anonymous said...

Salam...
saya nur atikah, saya memohon untuk mengambil karangan cikgu bertujuan proses ULBS saya. Pengertian cikgu sangat saya harapkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nurul ingin minta izin untuk menjadikan karangan ini sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan karangan SPM. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Semoga sentiasa dirahmati