Pengikut laman ini

Friday, November 14, 2008

STPM 2008

Kepada Calon-calon STPM 2008 (khususnya yang mengambil kertas Bahasa Malaysia 2)

Selamat menduduki peperiksaan STPM yang akan bermula pada 18 November ini. Semoga calon-calon dapat menjawab soalan dengan cemerlang dalam semua mata pelajaran. Bagi calon-calon yang mengambil Kertas Bahasa Melayu 2, ingat segala pesanan daripada guru-guru, fokuskan perhatian anda kepada soalan, jangan gopoh, teliti kata-kata kunci dalam soalan. Ingat, jawab perkara yang ditanya dan jangan jawab apa yang anda tahu. Jangan lupa untuk membahagikan masa bagi menyemak jawaban yang telah ditulis sebelum dihantar kepada pengawas. Kemungkinan besar ada kesilapan yang boleh dibaiki. Akhirnya, berdoalah, semoga jawaban anda menepati kehendak soalan.
Selamat berjuang dan menempa kejayaan yang cemerlang kepada semua calon STPM 2008. Prinsipal A dalam genggaman anda!! Yakin boleh!!! Insyaallah.
Tips terakhir menjelang hari peperiksaan akan menyusul kemudian.

Daripada Cikgu Khir Kassim

2 comments:

aliah said...

Assalammualaikum cikgu khir,terima kasih atas kata2 perangsang yang cikgu berikan.insyaallah saya akan cuba yang terbaik ,walaupun saya tahu banyak kelemahan dalam diri saya .Diharap cikgu doakan kejayaan saya dan juga rakan2 yang lain dalam stpm ini.wassalam....

Mohd Khir Kassim said...

Waalaikumussalam. Teruskan usaha anda dan jangan putus asa. Insyaallah akan berjaya.