Pengikut laman ini

Saturday, May 6, 2017

Teknik untuk Mengesan Jenis Ayat (STPM P2)

Soalan STPM Penggal 2 – Soalan Objektif
Jika pelajar hendak mengesan jenis ayat, pelajar perlu mengenal pasti kata kunci  yang digunakan dalam ayat tersebut. Kata kunci yang digunakan dalam ayat tersebut menggambarkan perintah seperti kata “usah” atau “jangan” iaitu membawa maksud larangan. Sebagai contohnya, analisis soalan di bawah dengan mengesan kata kunci tersebut.

Soalan STPM Penggal 2 2015
Analisis soalan dan jawapan:

20
Asal kapas menjadi benang
      Benang ditenun dibuat baju
Barang yang lepas usah dikenang
     Bukalah sahaja lembaran baru
Jenis ayat perintah yang terkandung dalam pantun di atas ialah
I    Ayat ajakan
II  Ayat suruhan
III Ayat larangan
IV Ayat permintaan
A   I dan II
B   I dan IV
C   II dan III
D   III dan IV
Soalan meminta pelajar untuk memilih ayat perintah yang terkandung dalam pantun di atas. Oleh itu, pelajar perlu menentukan jenis ayat yang terkandung dalam pantun tersebut. Jawapannya C kerana ayat II ialah ayat suruhan, ditandai oleh kata “Bukalah” dan ayat III ialah ayat larangan, ditandai oleh kata “usah”.

No comments: