Pengikut laman ini

Friday, December 3, 2010

Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara Amira

Sinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu.

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

28 comments:

N@n!3 aZizaN said...

tema novel nie ap eh....

Anonymous said...

saya nak tahu tema dan nilainya bisa?

bdk soksek said...

trima kasih cikgu..
cikgu, saya bersekolah di penang,
dan saya menetap di KL...
mcm mna sya ingin mendapatkan buku rujukan komsas tingkatan 5 2011 ye?

Anonymous said...

salam cikgu.. boleh kasi tak nota lengkap novel kembara amira nie..
sekali dgn tema, watak-perwatakan,latar, plot, nilai, pengajaran dan gaya bahasa..

blAck_s0ul... said...

salam..
cikgu,boleh cikgu paparkan sinopsis ovel mengikut bab tak?

nizam said...

yes!!! ade pon synopsis novel ini

Anonymous said...

thankz ckg..
tp bile akan ad bku rujukan di pasaran??kami memerlukan buku itu segera untuk mmbuat folio ktika cuti ckola...

ezzamalik said...

terima ksih CIKGU !

tp saya ada sinopsis mengikut bab,
nak yg lain mcm tema n etc just minta oke,saya cuba msukkn kdalm blog dlm masa terdekat.

Anonymous said...

saya ingin mengetahui nilai dan pengajaran novel ini.

fadhiran said...

siapa thu teknik plot dan nilai pengajaran ...novel kembara amira...bg kat aq...coz aq kena buat folio...help me...

Din_LYR said...

thanks cikgu...cikgu...sinopsis kembara amira bab 10 pnya ada tak??

nadh_smaller said...

hye cegu
timaseh sbb wat sinopsis novel ni
saya kena wat pembentangan untuk novel ni,,harap cegu seranai kan sekali bule ??
thnxx a lot !!

Anonymous said...

salam ckgu..sinopsis bab 3 & 4 ada tak ? persoalan , tknik plot , gya bhasa , wtak perwatakan , nilai , pngajaran , ltar untk bab 3 & 4 ? saya ada p'bntangan kt skola untk bab 3 n 4 . hope ckgu dpat tlong srba sdkit . huhu

Anonymous said...

knp tade sinopsis stiap bab ??

azqill said...

bg ahh sinopsia stiap bab tuhh ..
mne na cry nihh ..

syam said...

tima kasih cikgu.........
doakan kami semua scor A ye.........
harap sangat2......
he3......

pika . pikachuuu said...

terima kasih ckgu.coz buat snopsis ni.kat psaran xda lgi.so,skarang dah boleh hafal snopsis nie.

LeeYa said...
This comment has been removed by the author.
khazinatulasrar said...

assalamu'alikum..
cikgu,buku rujukan keluaran apa yg terbaik??

makhfi said...

Nota Komsas boleh download di : http://makhfi7.blogspot.com/
dan
http://makhfi6.blogspot.com/

Jai said...

tq r cikgu sbb dpt buat sisnopsis novel ni.....

miera said...

cikgu nilai dan pengajaran ap??tolong cikgu

apit chicharito said...

tema novel ini ialah nilai kasih sayang yg wujud dalam diri seseorang berlandaskan naluri manusia

Anonymous said...

very nice sir...bt too length...

*Ka8 pUcHi* said...

cikgu nota cikgu OK tapi i ter pikir terlalu panjang la cikgu.....................

::dalilasyafira:: said...

Tq .

mr. President said...

tak de ke snps yg lbeh terperinci (snps stiap bab)

sariman iman said...

ad xyg nk brkongsi cm ne nk tgk snopsis,wtak2 n ltar sume mngkut bab??