Pengikut laman ini

Thursday, December 2, 2010

Antologi Dirgahayu Bahasaku 2011 - Sajak Tingkatan 5

Para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan akan mengkaji teks Komponen Sastera yang baharu iaitu Dirgahayu Bahasaku. Teks ini diberikan judul sedemikian, kerana mengambil sempena sebuah sajak yang terdapat dalam teks ini iaitu Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju. Saya akan membincangkan aspek yang akan dikaji dalam sajak tersebut di bawah ini.



Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

23 comments:

Anonymous said...

terima kasih cikgu

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,,
saya kena buat analisis dirgahayu bahasaku,saya nak tahu betul tak apa yg saya telah analisis,boleh tak cikgu bagi nota sedikit?tentang sajak-sajak dalam dirgahayu bahasaku. saya mahu semak betul tak analisis yang saya buat ini

Faizul said...

Salam Cikgu..Saya telah diberi tugasan untuk menganalisis Sajak Arkitek Kota.Tapi saya ada beberapa masalah untuk menganalisis sajak ini.Tambahan pula,ini adalah pengalaman saya yang pertama kali untuk menganalisis subtopik di dalam buku antologi tanpa bantuan daripada mana-mana buku rujukan.Terima kasih.

alaiyanz said...

assalammualaikum w.b.t cikgu...
cikgu blh tak beri bentuk sajak serta nada sajak tersebut...

teyraaa said...

terima kasihh cikgu khir ..
skrg buku untuk novel & antologi taon nie susah nak cari ...
naseb baek ada blog cikgu khir .
senang sikit nak buat keja sekolah ^_^

Unknown said...

terima kasih ckgu...cku adalah pnyelamat sya....
sajak ini akan sya bentang...so thankx...hehe

mohd azizul said...

salam cikgu...emm saya meminta pertolong dari ckgu untuk hurai kn watak dan perwatakan/latar tempat/msyarkt/latar masa dan yg lain2...novel berjudul pahalawan buntung....saya mesti hantar folio selepas tahun baru cina...seminggu dari sekarang

milo panas said...

assalamualikum..
terima kasih buat cikgu kerana telah membantu saya dalam mempersembahkan mengenai sajak ini di sekolah..:)

Anonymous said...

thnkx vry much ckgu ~ :)

nabilah mohamad said...

cikgu, boleh tak cikgu bagi maksud untuk persoalan unutk sajak dirgahyu bahasaku

Iyln Lify said...

Terima kasih CIKGU,,
senang saya lebih memahami sajak ini...

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menaip nota nota untuk dikongsikan bersama pelajar cikgu. Jasa baik cikgu amat dihargai.

syahila azlin said...

CIKGU , blh tak cikgu sertakan skali contoh2 kepada persoalan dan nilai murni dalam sajak tersebut? terima kasih cikgu .

Anonymous said...

salam..cikgu,boleh tak sertakan contaoh bagi setiap persoalan,nilai dan pengajaran..mohon pertimbangkan..

eyka muntell said...

cikgu , botton follow nye mane ?
macam mane saya nak follow blog cikgu nie ?

Elyne For Sincere said...

Salam .
Terima kasih cikgu .
Sekarang saya faham .
Tak perlu buku rujukan . (:

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..
cikgu bleh tak kalau cikgu sertakan sekali soalan bagi sajak ini...saya harap cikgu dapat pertimbangkan permintaan saya..terima kasih...

fazira said...

salam..
terima kasih yepp cikgu khir..
lpaz nieyh dh ta pyh ssah2 nx pinjm bku kwan lgi..rujuk dkt sni nd print jerkk sudah ... hehehe :)

nurulasfizah said...

terima kasih .. :)

Anonymous said...

terima kasih cikgu..dapat jugak cari nota untuk homework bm...:) dybah...~

cloche said...

thank you so much. :) it is so much easier than the buku rujukan that i bought.

Anonymous said...

trma ksh ckgu...skunk senang larh sy nk buat kerja skolah..

Anonymous said...

terima kasih cikgu.