Pengikut laman ini

Wednesday, May 12, 2010

Karangan Pelajar Tingkatan 6 - Penyakit Berjangkit


Karangan ini ditulis oleh Mohd Shafwan bin Mohd Jaini (6A1)


Soalan karangan:

Wabak penyakit berjangkit yang merebak di seluruh dunia pada masa ini perlu dikawal agar tidak merebak. Jelaskan punca masalah tersebut berlaku.

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat pada masa ini. Di Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit seperti ini sering dipaparkan di media cetak, media elektronik, dan sebagainya. Perkara itu disebabkan oleh masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidup yang sihat. Jadi, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit berjangkit berlaku.

Kurang kesedaran daripada anggota masyarakat telah menyebabkan berlakunya penularan fenomena ini. Anggota masyarakat pada masa ini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut. Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti oleh penyakit tersebut barulah mereka hendak menyesal tetapi perkara itu sudah terlambat, bak kata pepatah, ”Nasi sudah menjadi bubur".

Anggota masyarakat juga tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan akan menyebabkan mereka mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini dikatakan demikian kerana pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Perkara itu akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Perkara itu membuktikan bahawa amalan pemakanan yang seimbang sangat penting diamalkan jika tidak mahu penyakit berjangkit ini menjangkiti kita.

Anggota masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal itu akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu dan terus memegang makanan tanpa membasuh tangan, sudah tentu orang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, amalan membasuh tangan perlu dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat jika tidak mahu djangkiti oleh penyakit.

Hubungan sosial tanpa batasan turut menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan virus HIV tersebar. Hal ini berlaku kerana tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Perkara itu tentunya akan memberikan kesan kepada penghidap penyakit tersebut serta keluarganya.

Anggota masyarakat tidak tidak mempunyai pengetahuan tentang penyakit yang berjangkit. Penerangan dan kempen yang dijalankan oleh kerajaan kurang berkesan. Contohnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan sesiapa yang disyaki dijangkiti penyakit H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Tegasnya, pengetahuan yang cetek menyebabkan penyakit tersebut mudah berjangkit dan virus disebarkan kepada orang lain pula.

Sebagai kesimpulannya, banyak punca yang menyebakan masalah tersebut berlaku dan penularan wabak penyakit berjangkit disebabkan oleh kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh anggota masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif. Sekiranya langkah yang berkesan tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Tentulah kita tidak mahu perkara tersebut berlaku kerana banyak kesan buruknya. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk mencegah penyakit tersebut demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

27 comments:

tashatusyut said...

salam...
cikgu,boleh ke gune 2 peribahasa yg same dlm 1 karangn??
karangan ni ade 2 peribahasa yg same.....

aLiAh said...

cikgu.. sy nk tanya..

-(oleh hal yang demikian) betul ke salah?

-bkn ke yg betul (hal ini demikian kerana)

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Tasya, kalau boleh elakkan 2 peribahasa yang sama dalam satu karangan, dan cuba cari peribahasa yang lain.

Aliah, kedua-duanya betul dan boleh digunakan dalam karangan.

Anonymous said...

cikgu,
peribahasa tidak menjejaskan markah jika ia diselitkan terlalu banyak dalam sesebuah karangan?
tak ada hadkah penggunaan peribahasa dlm karangan?

Hafiz Sani said...

salam cikgu,bagaimana nk tulis peribahasa..kena pakai pmbuka pnutup kata ke,mula huruf besar ke.?

fina said...

salam.... cikgu, sya nak tanya sikit. kenapa ckgu banyak gunakan "hal yang demikian?" tidak ka ayat itu kurang sesuai kalau terlalu banyak digunakan?

i'm sitting here wif a lot of pains,please just make it go away said...

hello cikgu.......

terima kasih kerana memeberikan saya karangan yang baik tetapi kenapa cikgu gunakan 'hal yang demikian '
dalamm karangan??????

hasna nana said...

salam cikgu. .. apa kelebihan karangan ada pribahasa ngan karangan xda pribahasa. . . ..

AdIb DoRA's blog said...

mantap~ ada karangan mengenai alam sekitar?

Unknown said...

Ada karangan perubatan tradisional tak

Unknown said...

Saya diajar oleh cikgu saya utk tidak meletakkan sebarang peribahasa dlm karangan ☺

Unknown said...

Pada masa kini bukankah salah cikgu? Sepatutnya, pada masa ini.
Hal ini demikian kerana pun tak okay. Hal ini terjadi demikian kerana baru betul kan? Tolong jelaskan . Tq cikgu 😊

Anonymous said...

nota cukup hebat.

Unknown said...

terima kasih untuk karangan yang gramastik

Unknown said...

Cikgu karangan berkenaan dengan punca2 penyakit berjangkit dalam 180 patah perkataan ada tak

Unknown said...

Saya nak salen eh...

Unknown said...

Cikgu sihat cikgu?

Juhall said...

Obohhh

Unknown said...

Thank you.... Cause I can finished meyh work very easier... Again thanks a lot.. 😁😁😁😁😁😁

Unknown said...

Gae

Anonymous said...

"Hal ini dikatakan demikian kerana"
Digunakan kat skolah saya

Unknown said...

Cikgu kenapa karangan ni cuma 545 patah perkataan sahaja. Bukanka mesti 600 or atas.

Unknown said...

nak isi tambahan boleh tak cikgu

Unknown said...

Ni format lama la ...tgk la published tahun bila, 2010 nuhh😂

Unknown said...

X blh

Unknown said...

Karangan yang bermanfaat

Unknown said...

Mantap jiwaaaaaaaa