Pengikut laman ini

Tuesday, January 12, 2010

Karangan SPM - Kepentingan Menguasai Ilmu

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Rangka Karangan

Pendahuluan
- penguasaan ilmu penting – tuntutan zaman – banyak manfaat

Isi-Isi Penting
i. mencipta inovasi - kemudahan manusia
ii. menguasai bidang perniagaan – k-ekonomi
iii. memajukan negara – pemimpin berilmu
iv. melahirkan masyarakat yang proaktif

Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia


Karangan Contoh

Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja perlu menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan menguasai ilmu, seseorang itu boleh mencipta peralatan baharu atau membuat inovasi dalam pelbagai bidang. Alat atau ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba, drone, dan alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global dewasa ini. Perkara ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi, k-ekonomi merupakan trend baharu dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Jadi, setiap orang harus mengikut arus kemajuan k-ekonomi tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman jika tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Dengan menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman, seseorang peniaga itu dapat memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang pemimpin menguasai ilmu sudah pastilah individu tersebut dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang bersifat proaktif dalam semua hal.  Perkara itu bermakna masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Sebagai kesimpulannya, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari. Kita berharap agar masyarakat negar ini mementingkan penguasaan ilmu demi kemajuan negara.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

57 comments:

Anonymous said...

trima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cmerlang dalam spm~amin~

Anonymous said...

terima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cemerlangnya,insyaallah.amin

Anonymous said...

Cikgu, minta izin copy. Terima kasih.

Anonymous said...

EE menolong sangat2! terima kasih cikgu...realy helpful..this is a last minute work. soo hehe., at night like this. otak ada jam sikit... terima kasih. :)

Anonymous said...

Assalam cikgu, Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Mohon copy.

Anonymous said...

cikgu minta izin copy..

N A T A S Y A ツ said...

As Salam, cikgul terima kasih sebab kongsi karangan ni. Saya mohon meng-copy :)

Shahida Supian said...

saya mohon untuk copy. tq

Anonymous said...

boleh tak tolong post karangan tentang kepentingan internet dalam pendidikan dalam masa 2 hari

Anonymous said...

bagus!! terima kasih cikgu!!

Anonymous said...

doakan saya berjaya di dalam UPSR YANG BAKAL SAYA DUDUKI PADA 10 SEPTEMBER INI

Anonymous said...

cikgu apakah perbezaan di antara -di dalam- dan -dalam-??saya harap cikgu dapat memberi penjelasan yang jelas kepada saya

Anonymous said...

aida love sangat daniel

Aneey ♬ said...

Alhamdulillah. Terima kasih cikgu . Perkongsian yang bermanfaat =) Semoga Allah memberkati cikgu .

Anonymous said...

Saya minta izin untuk copy ya cikgu. Thanks

Anonymous said...

Minta izin copy. Terima kasih

Anonymous said...

Minta izin copy cikgu.

Anonymous said...

minta izin copy...terima kasih cikgu

Anonymous said...

Terima kasih ,cikgu. Minta izin copy ye ^-^

Anonymous said...

idea cikgu sangat baik..teruskan usaha ..semoga cikgu terus berjaya hingga ke hujung nyawa..aminnn,,,

Anonymous said...

terima kasih atas ilmu ini :)

Unknown said...

mohon copy ye...

Anonymous said...

Mohon copy ��

Anonymous said...

minta izin copy ya

Unknown said...

spm 2k17
semua good luck all the best!

Anonymous said...

Really helpful

Anonymous said...

trm ksh ckgu... ckgu mmg terbaik..

13/11 SPM said...

Thanks!!! V helpful :)

Nurhidayati said...

Mohon izin copy. Terima kasih cikgu

Unknown said...

Karangan yg sangat bagus dan berguna

Themintslove said...

Terimakasih cikgu. Ia telah memberi inspirasi bagi saya untuk mendalami lagi ilmu

Unknown said...

Saya mintak izin copy...
Sangat membantu.

Anonymous said...

halalkan saya untuk meng-copy-an heheheheh

Unknown said...

Minta izin untuk copy ya.Terima kasih

Anonymous said...

Orang kaya mati, Orang miskin mati.

Unknown said...

minta izin copy .t.kasih

Unknown said...

Thanks

Anonymous said...

Mohon copy ye cikgu tq☺️

Unknown said...

Saya mohon Meng copy

Unknown said...

Sngt bagus❤️❤️👍

Unknown said...

Terima kasih cikgu,saya mohon copy����

Anonymous said...

Minta izin copy

Unknown said...

Terima kasih cikgu, saya mohon copy

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu... minta izin copy ye..

Unknown said...

Mntap

ayualyssa said...

doakan saya dipermudahkan spm dan dpt straight A :)

Unknown said...

terima kasih cg

Anonymous said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Unknown said...

Terima kasih cg,cg lah penyelamat saya fuh :))

Unknown said...

Saya minta yg cikgu

Unknown said...

Ya*

afif said...

assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih

Unknown said...

👍

Anonymous said...

minta izin copy paste

Anonymous said...

Babi

Anonymous said...

Thank you so much cikgu for this helpful essay! btw, ini semua kerja last minute, hehe so izin mintak ambik sikit ayat cikgu. jangan risau, saya olah ayat cikgu sikit-sikit. saya tak copy bulat-bulat.

Anonymous said...

Amin