Pengikut laman ini

Thursday, August 28, 2014

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR STPM 2013 YANG BERJAYA KE IPTA

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada 24 orang pelajar STPM 2013 SMK.BBST yang berjaya ke IPTA pada tahun ini. Segala usaha yang telah anda lakukan sebelum ini sudah mendatangkan hasil yang diharapkan. Anda semua memang layak ke IPTA kerana usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan semasa belajar di Tingkatan 6. Kumpulan anda juga merupakan kumpulan pertama sistem baharu STPM diperkenalkan iaitu sistem modular yang menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang kepada sekolah.

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMKBBST TAHUN 2013 YANG BERJAYA KE IPTA (24 daripada 48 orang pelajar Kemanusiaan)
                                                                                                                                                                                           
Bil
NAMA PELAJAR
IPTA
KURSUS

  1.  
MOHAMAD HAFIY JAZLI BIN ZAHARI
UMS
PEMASARAN ANTARABANGSA

  1.  
MUHAMMAD SYAFIQ AZANI BIN JAMIL
UUM
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN

  1.  
AINE MAIZATUL BINTI MOHD KHUZAINI
UITM
SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA MELAYU UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

  1.  
FATIN IZZATI BT KAMSANI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (SAINS POLITIK)

  1.  
NOR FARIHIN BTE BIDIN
UMK
 IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NUR AMALINA LIYANA BINTI MOHD ALI
UM
SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

  1.  
NURNADIRAH BINTI ABU HASSAN ZAHRI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN

  1.  
VASUKHI RAMALI
UPM
BACELOR KOMUNIKASI

  1.  
ZALIKHA  IRDINA BT AZWA
USM
SAINS KEMASYARAKATAN

  1.  
EZURAIN ESQANDAR BIN MOHD EKHWAN
USM
KOMUNIKASI

  1.  
MOHD AZRIN BIN  SALLEH
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)

  1.  
MOHAMAD KHAIRIL AMIN BIN MOHD YUNUS
UM
SARJANA MUDA SASTERA (PENGAJIAN ASIA TENGGARA)

  1.  
MUHAMAD HELMIE MOHD JEFFERI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN

  1.  
IMMAZAITUL NUR AIM BT NAIM
UPSI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) DENGAN KEPUJIAN 

  1.  
NOOR SHAHIRAH BINTI MOHAMAD RODZI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (LINGUISTIK)

  1.  
NUR AMALINA BT DAMANHURI
UITM
SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA (KEPUJIAN) # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

  1.  
NUR AZIMAH BTE AHAMMAD
UM
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (BAHASA MELAYU)

  1.  
NUR FATIHAH BINTI JAAFAR
UNIMAS
 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS KOGNITIF)

  1.  
NUR HANNANI BINTI MOHAMAD RAZALI
UMK
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

  1.  
NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL BASIR
UM
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (SOSIO-BUDAYA MELAYU)

  1.  
NURUL NAZIRA BINTI ZULKIFLI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN BAHASA INGGERIS)

  1.  
NUR SYADZA BINTI DZULKIFLI
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (LINGUISTIK)

  1.  
SITI MAISARAH BINTI SHAHARUM
UNIMAS
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI)

  1.  
WAN JAZMINA ZAKIRAH BT JAMIL
UKM
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)



Saturday, May 10, 2014

Analisis Kesalahan Bahasa – STPM Penggal 2

Perkara yang Perlu Diberikan Perhatian Semasa Menjawab Soalan
A. Kesalahan Sintaksis
1. Baca setiap ayat dengan teliti dan pastikan ayat itu tidak tergantung iaitu tiada subjek atau predikat.
2. Cari kesalahan lain seperti kesalahan frasa kerja pasif kerana masih ada calon STPM yang tidak dapat membezakan frasa kerja pasif bagi kata ganti nama diri pertama dan kedua, serta kata ganti nama diri ketiga.
3. Calon perlu memastikan tiada kata tanya dalam ayat penyata.

B. Kesalahan Morfologi
1. Teliti penggunaan perkataan iaitu pemilihan kata (diksi) yang terdapat dalam petikan. Pastikan perkataan itu sesuai mengikut maksud dan penggunaannya dalam ayat tersebut. 2. Pastikan setiap kata kerja yang digunakan dalam petikan mematuhi rumus tatabahasa terutamanya kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
3. Calon perlu berhati-hati dengan penanda wacana yang digunakan dalam ayat kerana ada calon STPM yang keliru untuk membezakannya dengan kata hubung.
4. Calon juga perlu meneliti kesalahan lain sekiranya ada seperti kesalahan penggunaan kata jamak, kata majmuk, kata sendi nama, kata bantu, kata penguat, kata seru, hukum D-M, dan imbuhan.

C. Kesalahan Aspek Mekanis
1. Pastikan ejaan bagi setiap perkataan dalam petikan itu dieja dengan betul iaitu mengikut ejaan bahasa Melayu baku (standard).
2. Calon perlu berhati-hati terhadap tanda baca yang digunakan dalam petikan, mungkin ada tanda baca yang salah.

D. Aspek Teknikal
1. Calon STPM boleh mengemukakan tiga kesalahan bahasa sahaja dengan alasan dan pembetulannya.  Jawapan yang selebihnya tidak akan disemak.

Soalan Latihan
Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.  Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.                        [9]

Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minima yang agak rendah berbanding dengan bulan-bulan lain. Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di Pantai Timur dan di utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang. Angin ini berpunca dari negara China yang ketika ini sedang mengalami cuaca sejuk. Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini merendahkan lagi suhu pada waktu malam dan awal pagi. Berdasarkan keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga minggu hadapan.


Bil.
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan






































Jawapan cadangan
Bil
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan
1.
… minima
Kesalahan ejaan yang tidak baku
… minimum
2.
… adalah disebabkan oleh.
Kesalahan penggunaan kata pemeri adalah. Kata pemeri adalah digunakan untuk memerihalkan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
… disebabkan oleh.
3.
… merendahkan lagi suhu ...
Kesalahan penggunaan kata kerja aktif transitif  yang tidak diikuti oleh objek atau penyambut yang sepatutnya terdiri daripada kata nama. Kata lagi bukannya kata nama tetapi kata adverba.
… merendahkan suhu lagi.


Monday, March 31, 2014

Penulisan Esei Berformat Ceramah : STPM Penggal 2

Esei ini ditulis oleh Nur Hafiza binti Ahmad Fauzi, Tingkatan 6 Atas 2 SMK.BBST.

Soalan contoh:
Sebagai pegawai kanan di Jabatan Pengajian Tinggi, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada  sekumpulan pelajar Prauniversiti di sebuah daerah dalam majlis pelancaran Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Daerah. Fokus ceramah itu menekankan kepentingan pendidikan yang berkualiti di negara kita. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pegawai kanan di Jabatan Pengajian Tinggi, saya akan menyampaikan ceramah yang berfokus kepada kepentingan pendidikan yang berkualiti di negara kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,
            Walaupun negara kita mementingkan aspek pendidikan, namun universiti terbaik tempatan iaitu Universiti Malaya masih berada di tangga ke-169 dunia berbanding dengan kedudukan Universiti Nasional Singapura yang berada di tangga ke-24 dunia. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan kita masih belum setanding dengan pendidikan di negara maju yang lain. Ekoran daripada itu, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan bagi meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak kepentingan pendidikan yang berkualiti di negara kita.

            Pendidikan berkualiti mampu menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pendidikan serantau. Impaknya ialah perkembangan tersebut dapat memajukan negara kita standing dengan negara maju yang lain. Sebagai contoh, beberapa buah universiti penyelidikan di negara kita bertungkus lumus untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Hasil daripada penyelidikan tersebut, banyak sektor tempatan dapat dimajukan dari semasa ke semasa. Oleh itu, terbuktilah  bahawa pendidikan yang berkualiti berupaya untuk menjadikan negara kita sebagai hab pendidikan serantau sekali gus dapat memajukan pendidikan negara.

            Ekonomi negara dapat ditingkatkan hasil daripada pendidikan yang berkualiti. Perkara ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar dari luar negara akan memilih universiti tempatan untuk menyambung pengajian mereka. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan pengaliran mata wang asing ke negara kita. Sebagai contohnya, kebanyakan kolej swasta di negara kita dapat menarik banyak pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di negara kita kerana kualiti pendidikan negara kita yang semakin baik. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara kita.

Hadirin sekalian,
            Pendidikan yang berkualiti juga dapat melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita. Perkara itu dapat memberikan banyak kemahiran dan meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang baik setanding dengan pendidikan yang disediakan di negara-negara maju. Sebagai contohnya, penyediaan kemudahan dan prasarana yang lengkap dapat digunakan oleh tenaga pengajar untuk mempelbagaikan teknik pengajaran kepada para pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran mereka. Melalui kemahiran yang dimiliki, mereka boleh menjadi golongan pakar yang dapat membangunkan banyak sektor di negara kita. Oleh itu, jelaslah bahawa pendidikan berkualiti mampu melahirkan banyak tenaga pakar.

            Pendidikan yang berkualiti dapat menjadikan negara kita diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti mampu menyediakan banyak keperluan yang penting kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. Selain itu, pendidikan yang berkualiti juga berupaya untuk melahirkan banyak pelajar yang cemerlang di mata dunia. Disebabkan hal ini, negara-negara lain tidak mampu bersuara dan mempersoalkan kebolehan serta kemampuan negara kita. Oleh itu, jelaslah bahawa pengiktirafan dan penghormatan daripada negara-negara lain dapat diperoleh jika negara kita dapat menyediakan taraf pendidikan yang berkualiti.

Hadirin yang dihormati,
            Akhir sekali, pendidikan yang berkualiti dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan berkualiti mampu menyediakan pendidikan yang baik setaraf dengan mutu pendidikan negara maju. Sebagai contoh, negara kita telah mengadakan program pertukaran pelajar tempatan dengan pelajar dari United Kingdom. Melalui program ini, para pelajar dapat melibatkan diri mereka dengan pelbagai bentuk perkongsian pintar yang lain. Hasilnya, akan wujudlah  daya saing yang baik antara Malaysia dengan negara tersebut. Tegasnya, persaingan yang sihat dapat diwujudkan melalui pendidikan yang berkualiti antara negara kita dengan negara-negara maju yang lain.

            Kesimpulannya, kualiti pendidikan sangat penting bagi kemajuan sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab perlulah berusaha untuk mewujudkan pendidikan yang berkualiti di negara kita. Sekiranya mutu pendidikan kita tidak ditingkatkan maka negara kita akan ketinggalan dalam pendidikan yang sangat diperlukan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada ke tahap yang lebih baik demi kemajuan pendidikan negara.
            Setakat ini sahaja ceramah saya kali ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur bicara semasa saya menyampaikan ceramah tadi.

Sekian, terima kasih.
(642 perkataan)