Pengikut laman ini

Saturday, May 10, 2014

Analisis Kesalahan Bahasa – STPM Penggal 2

Perkara yang Perlu Diberikan Perhatian Semasa Menjawab Soalan
A. Kesalahan Sintaksis
1. Baca setiap ayat dengan teliti dan pastikan ayat itu tidak tergantung iaitu tiada subjek atau predikat.
2. Cari kesalahan lain seperti kesalahan frasa kerja pasif kerana masih ada calon STPM yang tidak dapat membezakan frasa kerja pasif bagi kata ganti nama diri pertama dan kedua, serta kata ganti nama diri ketiga.
3. Calon perlu memastikan tiada kata tanya dalam ayat penyata.

B. Kesalahan Morfologi
1. Teliti penggunaan perkataan iaitu pemilihan kata (diksi) yang terdapat dalam petikan. Pastikan perkataan itu sesuai mengikut maksud dan penggunaannya dalam ayat tersebut. 2. Pastikan setiap kata kerja yang digunakan dalam petikan mematuhi rumus tatabahasa terutamanya kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
3. Calon perlu berhati-hati dengan penanda wacana yang digunakan dalam ayat kerana ada calon STPM yang keliru untuk membezakannya dengan kata hubung.
4. Calon juga perlu meneliti kesalahan lain sekiranya ada seperti kesalahan penggunaan kata jamak, kata majmuk, kata sendi nama, kata bantu, kata penguat, kata seru, hukum D-M, dan imbuhan.

C. Kesalahan Aspek Mekanis
1. Pastikan ejaan bagi setiap perkataan dalam petikan itu dieja dengan betul iaitu mengikut ejaan bahasa Melayu baku (standard).
2. Calon perlu berhati-hati terhadap tanda baca yang digunakan dalam petikan, mungkin ada tanda baca yang salah.

D. Aspek Teknikal
1. Calon STPM boleh mengemukakan tiga kesalahan bahasa sahaja dengan alasan dan pembetulannya.  Jawapan yang selebihnya tidak akan disemak.

Soalan Latihan
Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.  Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.                        [9]

Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minima yang agak rendah berbanding dengan bulan-bulan lain. Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di Pantai Timur dan di utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang. Angin ini berpunca dari negara China yang ketika ini sedang mengalami cuaca sejuk. Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini merendahkan lagi suhu pada waktu malam dan awal pagi. Berdasarkan keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga minggu hadapan.


Bil.
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan






































Jawapan cadangan
Bil
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan
1.
… minima
Kesalahan ejaan yang tidak baku
… minimum
2.
… adalah disebabkan oleh.
Kesalahan penggunaan kata pemeri adalah. Kata pemeri adalah digunakan untuk memerihalkan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
… disebabkan oleh.
3.
… merendahkan lagi suhu ...
Kesalahan penggunaan kata kerja aktif transitif  yang tidak diikuti oleh objek atau penyambut yang sepatutnya terdiri daripada kata nama. Kata lagi bukannya kata nama tetapi kata adverba.
… merendahkan suhu lagi.


1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu?saya faris bekas pelajar tingkatan 6 tahun 2010. adakah cikgu masih menyimpan lagi puisi dan lagu pada tahun 2008 dimana smkbbst menghantar wakil bagi pertandingan. boleh saya dapatkan dari cikgu? setahu saya cikgu yang mengarang puisi tersebut. ni emel saya (budaya@mppkl.kptm.edu.my) terima kasih cikgu.